Friday, April 24, 2009

Wawancara Bersama Hajjah Samekyah.


Wawancara bersama Ibu Penulis.


Hajjah Maznah Bersama Hajjah Samekyah.

Thursday, April 23, 2009

Pembetulan Dalam Rencana Utusan Malaysia.


Rencana Perhimpunan Keluarga Enam Generasi yang dipaparkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 22/04/09 agak tersilap menulis bahawa penulis membantu Hajjah Maznah dalam pencarian warigh-warigh untuk mengadakan perhimpunan.Sebenarnya itu adalah usaha gigih Puan Hajjah Maznah sendiri sebagai menyambung apa yang pernah dilakukan oleh Almarhum Haji Mohd Salleh Bin Jawal.Begitu juga dengan laporan mengenai acara sukaneka yang dikatakan diadakan sewaktu perhimpunan tersebut.Acara sukaneka itu adalah cadangan untuk majlis perhimpunan yang akan datang.
Selain itu gambar-gambar yang dipaparkan adalah diambil dari blog Warigh Menuang sedangkan penulis telah pun membekalkan gambar-gambar seperti gambar pengasas awal salasilah,gambar Pengerusi,gambar AJK dan gambar Setiausaha.Namun apa pun penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan yang telah meluangkan masa untuk menemuramah Puan Hajjah Maznah Bte Hussein dan menyiarkan rencana tersebut.Bagi pihak Warigh Menuang Karim, penulis memohon maaf di atas kesilapan yang telah ditulis dalam rencana tersebut.

Wednesday, April 22, 2009

Coretan Dari Adenan Sulaiman.

Paparan surat ini adalah coretan dari Haji Adenan Bin Sulaiman yang dikirim kepada penulis.Klik surat untuk membacanya dengan jelas.

Penamatan Forum Chat Box.

Forum chat-box yang dipaparkan terpaksa ditutup di atas tindakan beberapa warigh yang tidak bernama tidak beretika ketika berforum.Segala komentar bolehlah dihantar melalui ruang komentar di akhir penulisan tetapi mestilah menyatakan nama sebenar.Jika komentar yang tidak bernama, maka Tuan Blog tidak akan memaparkan komen-komen tersebut.
Harap Maklum.

Tuesday, April 21, 2009

Utusan Malaysia Paparkan Perhimpunan Warigh Menuang.

KELUARGA

Perhimpunan keluarga enam generasi


SEBAHAGIAN daripada waris Menuang Karim yang menghadiri perhimpunan keluarga enam generasi tersebut.


Bukanlah satu tugas yang mudah bagi menganjurkan sebuah perhimpunan keluarga. Namun dek kerana sayangkan pertalian yang amat berharga segala kepayahan dan kesusahan sanggup diharungi.

Begitulah azam Maznah Husein yang begitu optimis mahu menemukan sanak saudara dan ahli keluarga waris Menuang Karim yang tidak pernah ketemu. Dan akhirnya hasrat Maznah terlaksana apabila perhimpunan keluarga enam generasi yang dirancang menjadi nyata.

Saat itu terang Maznah tiada kata-kata yang mampu diluahkan lagi selain memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Dengan izin Tuhan rancangan perhimpunan Jejak Kasih Warigh Menuang Karim dapat direalisasikan pada penghujung tahun lalu. Daripada 1,580 waris Menuang Karim, seramai 500 orang ahli keluarga daripada enam generasi berjaya dikumpulkan.

"Saya akui bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengadakan sebuah pertemuan keluarga sebegini. Namun apabila saya fikirkan kebaikan pada saya dan yang lain akan peroleh saya berusaha juga untuk menjayakanya.

"Dan alhamdulillah dengan izin Tuhan saya dapat melakukannya," katanya ketika ditemui dalam satu pertemuan baru-baru ini di ibu kota.

Sambung Maznah yang juga merupakan setiausaha perhimpunan tersebut meskipun pada mulanya dia hampir berputus asa, namun dia bersyukur kerana sepupunya, Hanif Salleh banyak membantu.

"Kita nak cari senarai nama anak saudara, pakcik, makcik, nenek, atuk bukanlah satu tugas yang mudah. Dua tahun saya ambil masa untuk menghasilkan salahsilah keluarga ini.

"Bukanlah satu tugas yang mudah. Selesaikan salahsilah baru saya terfikir mahu mengadakan perhimpunan ini.

"Saya dan Hanif berbincang dan memikirkan cara terbaik untuk menjayakan perhimpunan ini.

"Kami mula menelefon setiap seorang dan memberitahu mengenai perkara tersebut. Apa yang melucukan, ada antara mereka yang tidak kenal kami pun. Tapi setelah saya menerangkan satu per satu, barulah mereka mengerti.

"Lebih menggembirakan hati saya proses pelaksanaan perhimpunan itu hanya memakan masa dua bulan sahaja," ujarnya.

Pertemuan yang menarik

Menyingkap semula perhimpunan tersebut, sambil tersenyum kata Maznah, saat pertemuan itu pelbagai perkara lucu berlaku.

"Semasa pertemuan tersebut apa yang mencuit hati ialah ada antara mereka yang saling mengenali. Apabila bertemu masing-masing terkejut.

"Baru tahu sebenarnya saling bersaudara. Bayangkan kalau tidak lakukan perhimpunan sebegini sampai bila-bila pun tidak akan tahu perkara tersebut," katanya.

Perhimpunan yang diadakan di Sekolah Sri Jalan Dato Kelana Ma'mor, Seremban, Negeri Sembilan itu berjalan dengan lancar. Kata Maznah, pelbagai acara dilakukan bagi memastikan semua yang hadir berpuas hati.

"Seboleh-bolehnya saya mahu memastikan perjumpaan pertama ini memberi satu kenangan terindah buat semua yang hadir. Macam-macam acara kita lakukan antaranya sukaneka.

Jelasnya perhimpunan keluarga tersebut akan dilakukan sebagai acara tahunan kelak.

Malahan pihaknya juga bercadang untuk menubuhkan Yayasan Menuang bagi membantu waris-waris dalam menjalani kehidupan dalam bidang perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Maklumat mengenai generasi keluarga ini boleh diperoleh di http://menuangkarim.blogspot.com.

p/s:artikel dipetik dari Utusan Malaysia 22/04/2009.

Sunday, April 19, 2009

Jom Warigh Semua, Kita Ke Pesta Buku.

Dari Kiri: Ust. Zahazan Mohammad, Tuan Blog, Dato' Fadzillah Kamsah.
Antara Buku Yang DiPamerkan.

Pesta Buku Antarabangsa 2009 sedang berlangsung pada 17/04/09 hingga 27/04/09 di Pusat Dagangan Dunia Putra, K.L.Kalau ada warigh-warigh yang berkelapangan datanglah sebab bermacam-macam buku yang dipamerkan.Boleh juga tambah ilmu kalau banyak membaca.Datang ya, jangan tak datang......................

Monday, April 6, 2009

Saturday, April 4, 2009

Hebahan Cadangan Untuk Warigh Menuang.

Sudah hampir 3 bulan lebih perhimpunan Jejak Kasih Warigh Menuang meninggalkan kita tanpa ada satu perancangan yang lebih baik untuk memperkasakan matlamat perhimpunan tersebut.Perhimpunan tersebut menjadi tidak bermakna sekiranya tiada perancangan susulan untuk di bawa ke perhimpunan yang akan datang apatah lagi seandainya kita menganggap perhimpunan yang diadakan hanyalah sekadar suka-suka sahaja.Maka dengan itu akan sia-sialah matlamat untuk "mendekatkan yang jauh dan menyatukan yang dekat."

Penulis ingin mencadangkan agar ia didaftarkan sebagai satu pertubuhan atau persatuan yang di namakan "Persatuan Warigh-Warigh Menuang".Penulis juga berharap kepada sesiapa yang kreatif dalam kerja mereka-cipta logo untuk tampil bagi menyumbangkan reka-cipta "Logo Warigh Menuang".Kemudian dilantik Ahli Jawatankuasa Bertindak dalam merencanakan beberapa program atau aktiviti yang melibatkan warigh-warigh Menuang agar perhubungan yang ingin dijalinkan tidak terhenti begitu sahaja.

Penulis sendiri telah berbincang dengan salah seorang AJK Perhimpunan Warigh Menuang 2008, iaitu Tuan Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal untuk melakukan program ziarah menziarahi bagi menjejaki warigh-warigh yang senior.Adat yang muda mencari saudara yang tua, itulah sebenarnya amalan warigh-warigh terdahulu.Insya'allah program ziarah menziarahi ini akan diadakan dalam masa terdekat.

Jika dilihat pada penulisan blog ini, ia hanyalah satu cetusan idea untuk merakamkan segala kenangan manis dan pahit berkisar kisah warigh Menuang tanpa ada satu perancangan teratur.Pengunjungnya juga mungkin beberapa kerat sahaja yang berminat berdasarkan pengamatan penulis kepada yang memberi respon.Ia juga adalah dari kajian penulis sendiri setelah menalipon beberapa warigh yang mana mereka tahu adanya blog ini tetapi tidak pernah melayarinya.Mungkin kesibukan mereka dengan tugas-tugas tertentu maka tiada masa untuk melayarinya.

Jesteru itu penulis merasakan, perlu ada satu gerakan yang lebih efisyen demi untuk menyatu-padukan warigh-warigh yang ada.Maka tercetuslah idea seperti apa yang telah penulis nyatakan seperti di atas.Sekiranya ada warigh-warigh yang mempunyai idea yang lebih baik, penulis amat mengalu-alukannya.

Thursday, April 2, 2009

Ada Lagi Surat Dari Haji Adenan Sulaiman.

Klik Untuk Besarkan
Klik Untuk Besarkan.
Surat ini dipaparkan dengan keizinan daripada penulisnya Haji Adenan Sulaiman yang menceritakan kisah dirinya dulu kala.Beliau juga memberikan pendapatnya tersendiri tentang panggilan "Menuang" yang mana sehingga kini masih menjadi persoalan.Begitu juga surat ketiga adalah pandangan peribadi beliau sendiri, apakah masih wujud lagi panggilan "Menuang" itu apabila seseorang sudah berhijrah ke negeri lain?Apa pun mungkin warigh-warigh yang lain mempunyai penilaian masing-masing dalam menentukan apakah seseorang itu "Menuang" ataupun tidak.

Wednesday, April 1, 2009

Paparan Asli Tokoh Ulama' Warigh Menuang.

Klik untuk besarkan imej.
Klik untk besarkan imej.
Artikel ini diambil dari sebuah majalah yang menemuramah tokoh ulama' SS Dato' Haji Mustafa Bin Haji Ahmad ketika beliau masih lagi hidup.Semoga paparan ini dapat dikongsi bersama untuk tatapan warigh-warigh yang lain tentang ketokohan ulama' Warigh Menuang.