Wednesday, April 21, 2010

Warigh Menuang Di Nona.

Cover hadapan majalah Nona bulan April 2010.

Dalam posting sebelum ini, penulis ada menyiarkan beberapa klip video di mana berlangsungnya perkahwinan salah seorang AJK Warigh Menuang di Masjid Ainul Yaqien, Berkasi, Jakarta. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk sama-sama menghadiri majlis walimatul urus tersebut, mungkin kita boleh membaca kisah-kisah antara dua pasangan ini dalam majalah Nona keluaran bulan April 2010. Di bawah ini disertakan gambar yang begitu menarik kedua-dua pasangan yang diijabkabulkan di Masjid Ainul Yaqien, Jakarta.

Selain itu bagi warigh-warigh yang mengenali salah seorang jemaah Masjid Ainul Yaqien iaitu Saudari Surti sewaktu berkunjung ke rumah beliau ataupun yang sama-sama menunaikan fardhu haji bersama beliau, kesemua warigh dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan Saudari Surti bersama pasangannya Olong, di Masjid Ainul Yaqien, Jakarta pada 25/04/2010. Saya mewakili warigh-warigh yang mengenali Saudari Surti berdoa agar pernikahannya dirahmati Allah swt dan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, April 13, 2010

Surat Dari Haji Adenan Sulaiman Lagi....


Klik Untuk Besarkan.

Saturday, April 10, 2010

Kito Monang Laiii...........

Tahniah diucapkan kepada pasukan "Hobin Jang Hobin" kerana konsisten menjadi juara setelah memenangi Piala Malaysia menewaskan Kelantan pada tahun 2009. Kali ini Kedah pula yang kena "Hobin" walaupun terpaksa bermain selama 120 minit. Akhirnya pasukan kebanggaan rakyat Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Kedah dengan sepakan penalti. Mula-mula cemas juga sewaktu Kedah mendahului pada babak pertama dengan 1-0 tetapi dapat disamakan oleh pasukan Negeri Sembilan.
Selepas tamat permainan, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam masa tambahan tetapi masih buntu untuk mencari gol kemenangan. Akhirnya terpaksalah kedua-dua pasukan ditentukan kemenangan mereka dengan sepakan penalti. Namun itulah hakikatnya bak kata pepatah "Hero Kalah Dulu", dan akhirnya pasukan Negeri Sembilan berjaya memenangi perlawanan dengan agregat 5-4. Tahniah "Hobin Jang Hobin" daripada seluruh warga Warigh Menuang Karim.

Friday, April 9, 2010

Al-Fatihah.

Al-Fatihah buat Almarhumah Cik Alang Sofea yang telah kembali ke rahmatullah pada 09/04/2010 Hari Jumaat, jam 9.00 pagi di rumah anaknya Mohd Zain, Seremban Negeri Sembilan. Jenazah Almarhumah Cik Alang Sofea telah dikebumikan selepas Solat Jumaat. Cik Alang Sofea adalah di antara warga emas yang masih ada lahir daripada zuriat Noresah dan Deli.
Pihak Warigh Menuang Karim mengucapkan takziah kepada anak-anak serta keluarga beliau, semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Cik Alang Sofea dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Almarhumah Cik Alang Sofea setelah selesai kita membaca entri daripada blog ini. Al-Fatihah.