Sunday, June 27, 2010

Al-Fatihah Untuk Puan Maisarah (Kak Adik.)

Penulis sekali lagi menerima beberapa panggilan talipon dan sms yang memaklumkan tentang kematian seorang lagi warigh Menuang Karim iaitu Puan Maisarah Bt, Haji Abdul Majid, lebih kurang 20-25 minit sebelum waktu 'Asar, Hari Ahad, 27/06/2010.Allahyarhamah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Adik merupakan salah seorang anak perempuan Ulama tersohor, Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Majid Bin Hj. Abdul Karim. Jenazah Allahyarhamah Puan Maisarah dijangka dikebumikan di kubur berhampiran pondok Tuan Guru pada pagi 28/06/2010. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarhamah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Allah swt.Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah selepas kita membaca nukilan ini. Al-Fatihah.


Thursday, June 24, 2010

Al-Fatihah.

Tuan Blog dikejutkan dengan panggilan talipon daripada Saudara Hisham Dato' Hj Zainal pada pukul 2.00 pagi untuk memaklumkan bahawa bapa saudaranya, Dato' Abdul Rahman Bin Deli (Tok Dojang) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Pilah pada jam lebih kurang 1-2 pagi. Jenazah beliau akan dikebumikan di Juaseh Kuala Pilah.Pihak Warigh Menuang mengucapkan takziah di atas pemergian beliau yang merupakan satu-satunya permata berharga dalam Salasilah Menuang Karim.Sama-samalah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Hadiahkanlah bacaan Al-Fatihah selepas kita membaca pengumuman di blog ini.Al-Fatihah.

Saturday, June 19, 2010

Renjis-Renjis Dipilis.

Tarikh 19/06/2010 telah menjadi tarikh keramat bagi pasangan Arif dan Nor'ain kerana telah berlangsungnya majlis persandingan kedua-dua mempelai di Dewan Serbaguna Menara TM.Blog Warigh Menuang Karim telah mengabadikan beberapa kenangan untuk tatapan pelayar blog. Selamat Pengantin Baru untuk kedua-dua mempelai.
Pelamin Pengantin.

Sambut tetamu.
Ibu Pengantin Perempuan
Warigh Dah Sampai

Perjalanan Ke Pelamin
Doa keberkatan
Pengantin Diapit Ayah dan Ibu.
Persandingan Pengantin
Upacara Potong Kek

Friday, June 18, 2010

Sepanjang Pernikahan Nor'ain & Ariff.

Pernikahan di antara Nor'ain Bt Haji Mohd Yusof dan Ariff Bin Ahmad telah berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada pagi Jumaat 18/06/2010 jam 10.00 pagi. Pernikahan tersebut telah dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak dan berlangsung dalam suasana yang begitu harmoni. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz ijab kabul oleh pengantin lelaki telah memeterai perjanjian bahawa kedua pasangan telah disahkan menjadi suami-isteri. Pihak warigh merakamkan tahniah untuk kedua-dua pasangan yang baru menjadi suami-isteri dan sama-samalah kita doakan kedua-duanya dapat melayari hidup berumah-tangga dengan dirahmati Allah swt dan kekal hingga ke akhir hayat.Tahniah juga kepada Abang Yusof dan Kak Maznah kerana mendapat menantu baru...bertambahlah generasi Warigh Menuang.


Aku Terima Nikahnya.

Hantaran Dari Pihak Perempuan.
Ketibaan Pengantin Perempuan & Keluarga.
Di antara Yang Hadir.
Maskahwin.
Menunggu Dalam Debaran.

Persetujuan Bernikah.
Tetamu Yang Hadir.
Pak Ungga Pun Hadir.
Ucapan Tahniah Kepada Bapa Pengantin Perempuan.
Batal Wuduk
Ciuman Kasih Sang Suami Tercinta.