Friday, January 30, 2009

Dato' Haji Zainal Bin Deli.(Pak Udo Taho)


Dato' Haji Zainal Bin Deli bersama Datin' Hajjah Che Mah Bte. Hj. Bador.

Dato' Haji Zainal Bin Deli dikenali oleh beberapa warigh Menuang Karim dengan panggilan Pak Udo.Beliau adalah salah seorang warigh Menuang yang telah banyak menyumbangkan jasanya kepada negara.Dato' Haji Zainal dilahirkan pada 14/01/1926 di Kampung Rembang Panas, Juaseh,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Ayahnya bernama Deli Bin Kechik iaitu Dato' Siamang dan merupakan Ketua Suku Batu Hampar.Ibunya bernama Norraesah Bte. Menuang atau lebih mesra dengan panggilan Echoh (Wan Echoh).Dato' Haji Zainal dipertemukan jodohnya dengan Datin Hajjah Che Mah setelah berkahwin pada 17/01/1948 di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.Hasil perkongsian hidup di antara mereka, telah dikurniakan 6 orang anak.


Menerima Kurnia Dari Sultan.

Segak Bergaya Menabur Jasa.

Pendidikan Beliau:

* Bersekolah di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah - 1936-1940 dan 1947-1949.
* Tingkatan Tertinggi semasa meninggalkan sekolah -Darjah 9 (School Certificate).
* Pengawas sekolah pada tahun 1949.
* Pelajar Terkanan sekali di Asrama Tuanku Muhammad School (membantu Hostel Master).

Pencapaian Akedemik / Profesional Tertinggi.

* Senior Cambridge School Certificate - 1949.
* Kelulusan Dari British Police College - 1970.



Rekod Perkhidmatan Sebagai Pegawai Polis.

* 01/06/1950 - Menyertai perkhidmatan polis sebagai Inspector Pelatih.
* 1950-1951 - Police Inspector di Pagoh, Johor.
* 1952-1951 - Polis Tangkak, Johor.
* 1955-1956 - Polis Segamat, Johor.
* 1957 - Polis Tampin, Negeri Sembilan.
* 1958-1959 - Polis Singapura.
* 1960-1961 - Polis Depot, Kuala Lumpur.
* 1962-1963 - Polis Pulau Pinang.
* 1963-1964 - Ketua Cawangan Khas Pahang, Kuala Lipis.
* 1965-1968 - Timbalan Ketua Cawangan Khas Perak,Ipoh.
* 1969-1970 - Ketua Cawangan Khas Sabah,Kota Kinabalu.
* 1971 - Komanden Polis College Kuala Kubu Baru.
* 1972-1973 - Ketua Polis Negeri Sembilan (CPO).
* 1973-1974 - Ketua Polis Perak (CPO).
* 1974-1975 - Timbalan Pesuruhjaya Polis, Sarawak.
* 1976-1978 - Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch),Bukit Aman,K.Lumpur.
* 01/08/1978 - Bersara dari perkhidmatan setelah berkhidmat selama 28 tahun.

Anugerah Yang Diterima:

* DPTJ,JSD,KMN,ADK,PPT,JP,PJK.
* Dari segi Adat dan Suku beliau dianugerahkan " DATO' MENTERI HAKIM"
( Sebelum ini gelaran DATO' MENTERI HAKIM ialah Dato' Ujang Bin Menuang)

Dato' Haji Zainal Bin Deli amat mudah dikenali oleh masyarakat setempat apabila beliau memandu kereta jenis Mercedesnya dengan pendaftaran nombor "999".Beliau juga amat mudah didampingi dan sering berseloroh apabila berbual dengannya.Beliau juga amat meminati sukan golf.

Seluruh warga warigh Menuang tidak akan lupa akan jasa-jasa baiknya kerana beliau amat gemar membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau.Semoga Allah jualah membalas segala jasa dan bakti yang beliau curahkan untuk nusa dan bangsa serta mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau.Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau selepas membaca tulisan tentang Almarhum Dato' Haji Zainal Bin Deli.

Thursday, January 29, 2009

Allah Maha Menyayangi.


Pusara Adik Shamsul Baharin Di Asam Kumbang, Taiping, Perak.

Arwah Adik Shamsul Baharin merupakan salah seorang warigh yang meninggal dunia sewaktu kecil.Beliau adalah dari salasilah keturunan Naemah dan merupakan anak ke 13 Almarhum Haji Mohamad Salleh Bin Jawal.Nama beliau tidak terdapat dalam salasilah keturunan Menuang Karim.Beliau meninggal dunia pada 10/07/1972 pada waktu usia 2 tahun lebih.Selain beliau, kakaknya Fadzillah dan abangnya Mohd Ghali juga tidak tercatat dalam salasilah Menuang Karim.Ketiga-tiganya meninggal dunia sewaktu kecil dan kami dari warigh yang terdekat redha dengan pemergian mereka kerana Allah Maha Menyayangi.

Wednesday, January 28, 2009

Haji Sulaiman Bin Haji Karim.


click letter to enlarged.
Sepucuk surat telah dihantar oleh Siti Zaleha Bte. Haji Sulaiman kepada Almarhum Haji Mohamad Salleh bin Jawal pada 15/04/1961.Suratnya berbunyi:

MAKTAB PEREMPUAN MELAYU
PERTI SURAT 508
KUALA LUMPUR
15.4.61
Telephone: 82347

Dear Uncle,
I have just came back from Kota Bharu and now I take the opportunity of writting to you.Everyone in K.Bharu is well and hope same thing with people over here.I suppose Achi' Isam must be well by now.Asmah is no longer schooling as she failed her qualifying test.Here with I enclose a letter for Iuman and conclusively here's my good wishes and love to all.

affectionately yrs
Zaleha.

Almarhum Haji Sulaiman Bin Haji Karim berasal dari keturunan Siti (Tiaya) dan Haji Karim.Perkahwinan Haji Sulaiman dan Che Mah dikurniakan 4 orang anak.Manakala perkahwinannya bersama Halimah cuma dikurniakan 1 orang anak sahaja.Perkahwinannya yang ketiga bersama Jarah(Azizah) telah dikurniakan 8 orang anak.Salah seorang anaknya bersama Che Mah ialah Siti Zaleha yang paling bongsu dan kini menetap di negara jiran Thailand.
Tidak banyak kisah tentang Haji Sulaiman yang dapat dinukilkan di sini.Cuma sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau meminta anaknya melipat dan menyimpan sejadah yang digunakan olehnya sewaktu solat kerana katanya tidak memerlukannya lagi.Ini diceritakan sendiri oleh anaknya Mohd Ali dan benarlah permintaannya itu kerana beliau seolah-olah tahu akan ajalnya sudah tiba.Beliau meninggal dunia pada tahun 1999.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau.
Kunjungan Siti Zaleha(baju biru) ke rumah Puan Jarah (Azizah).

Monday, January 26, 2009

Indahnya Mengimbau Kenangan.

Kenangan Sebelum Haji Mohamad Salleh Bin Jawal Berpindah Ke Taiping, Perak.(click photo to enlarged)


Fatimah Zahrah Hj. Mohd Salleh.

Fatimah mendukung Mohd Khalid.(1962)

Fatimah Zahrah Dan Farizah.(Naemah Family)


Abdul Razak Dan Mohd Rafiq (Warigh Keturunan Naemah)


Fatimah Bte Hj. Mohd Salleh.(posing at Peugeot Diesel 403)


Fatimah / Haji Mohd Salleh / Mazlan Hj. Adam.

Dari Batu Kikir Berhijrah Ke Taiping, Perak.(1968)

Sunday, January 25, 2009

Orang Penting Dalam Menuang.


Adenan Sulaiman, Singapore Regiment RA, Belakang Mati, Singapore. (15/02/1956)





Perkongsian hidup antara Taisa dan Sulaiman maka lahirlah Adenan.Beliau memang dikenali oleh kebanyakan warigh-warigh Menuang.Kepetahan dan keramahannya mengeluarkan percakapan adakalanya boleh membuat kita terhibur.Adenan Bin Sulaiman pernah menceburi bidang tentera suatu masa dahulu tetapi berhenti dan menumpukan sepenuh masa sebagai agen penjual kereta.Dikalangan beberapa warigh memanggilnya dengan panggilan Pak Long Denan dan beliau juga dianggap sebagai seseorang yang penting bagi menguruskan beberapa hal suatu ketika dahulu.Khabar yang diterima oleh beberapa individu, kini beliau menetap di Kajang bersama salah seorang anaknya.Semasa perhimpunan Warigh Menuang Karim diadakan, tidak nampak kelibat yang menunjukkan beliau hadir.Mungkin ada urusan lain untuk dilaksanakan semasa itu.Seluruh warigh Menuang senantiasa mendoakan kesihatan berpanjangan kepada Pak Long Denan.

Thursday, January 22, 2009

Catatan Dari Meja Setiausaha Warigh Menuang.

Gambar Keluarga Setiausaha Perhimpunan Warigh Menuang dulu-dulu.


Gambar terbaru Setiausaha bersama keluarga.

Bagi mengisi masa lapang selepas bersara, saya terpanggil untuk menyambung salasilah keluarga Menuang Karim yang mula disediakan oleh aruah datuk saudara saya, Allahyarham Haji Mohamad Salleh Bin Jawal pada tahun 1970an.
Hampir 2 tahun berusaha menjejaki, akhirnya hajat menyiapkan salasilah keluarga enam generasi waris Menuang Karim bersama isterinya Sa'aliah selesai.

Menuang Karim berasal dari Kuala Rembang Panas, Kuala Pilah Negeri Sembilan.Pasangan Menuang Karim dan Sa'aliah telah dikurniakan 7 orang anak iaitu Minal,Ahmad,Naemah,Siti (Tiaya),Bador,Noresah (Ecoh) dan Ujang.Walaupun generasi pertama Menuang Karim sudah tidak ada lagi,generasi kedua masih ada seramai 3 orang.Yang tertua sudah mencapai umur 93 tahun.

Perhimpunan jejak kasih Warigh Menuang Karim yang julung-julung kali diadakan telah berjaya dan menjejaki hampir 500 orang.Perhimpunan yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang dan ceria itu telah diadakan pada 28/12/2008 di Sekolah Sri, Jalan Dato' Kelana Ma'mor, Seremban,Negeri Sembilan.Perhimpunan warigh dengan motto "Yang Jauh Kito Dokekkan,Yang Dokek Kito Himpunkan"tetap ada keistimewaannya tersendiri kerana berjaya mengenemukan waris-waris yang belum pernah berjumpa.Ini dapat dilihat dari kesungguhan ahli keluarga untuk berkumpul kerana sesetengah mereka datang dari jauh seperti dari Kelantan,Pulau Pinang,Grik,Perak dan lain-lain lagi.Mereka sanggup datang ke Seremban semata-mata untuk bertemu dan menjayakan majlis perhimpunan yang diatur.
Walaupun pertemuan itu singkat, aktiviti lain seperti cabutan bertuah turut diadakan untuk menggamatkan suasana.Acara kemuncak adalah sesi bergambar beramai-ramai bagi mengabdikan kenangan perhimpunan yang bersejarah itu.
Dalam pertemuan yang singkat itu, matlamat untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, merapatkan hubungan persaudaraan dan mewujudkan keserasian serta kenal mengenali antara ahli keluarga terutama golongan tua dan muda tercapai, sekaligus menjadikan majlis itu cukup bermakna sekali.
Majlis Perhimpunan Warigh Menuang Karim itu turut memperlihatkan satu warisan keluarga Menuang Karin dan Sa'aliah yang sudah memasuki generasi ke-6 dan seramai 1580 anak-cucu keturunannya dikenal pasti.
Dalam usaha mengesan salasilah keturunan keluarga, terdapat beberapa tokoh ternama dan berjasa kepada negara ini dikenal pasti.Di antara tokoh-tokoh yang ternama itu termasuklah Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar Bin Haji Mohd Nor (B), bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Dato' Seri Mohd Shahrom Bin Dato' Haji Nordin(B), bekas Panglima Tentera Darat, Allahyarham Dato' Haji Zainal Bin Deli, bekas Ketua Polis Negeri Sembilan serta 3 orang tokoh agama yang pernah dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Sembilan iaitu Allahyarham Dato' Haji Mustaffa Bin Hj. Ahmad,Tuan Guru Haji Abdul Majid Bin Abdul Karim dan Dato' Haji Mohamed Bin Husein (Pengerusi Warigh Menuang Karim).Selain itu warigh Menuang juga telah melahirkan seorang celebriti terkenal tanahair iaitu Wan Aishah Bte. Wan Ariffin yang pernah popular dengan lagunya "Janji Manis Mu".
Idea untuk menghimpunkan Warigh Menuang Karim ini timbul selepas selesai menyiapkan salasilah keluarga pada akhir bulan Jun 2008.Untuk melaksanakan cita-cita itu, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Dato Haji Mohamed Bin Husein dan terdiri dari 13 orang ahli keluarga dibentuk pada akhir bulan Oktober 2008.Ahli jawatankuasa hanya sempat bermesyuarat sebanyak 4 kali sahaja iaitu setiap 2 minggu sekali bagi merealisasikan perhimpunan ini.Pujian harus diberi kepada Jawatankuasa Pengelola kerana kehebatan mereka yang telah bekerja keras dan komited untuk merealisasikan perhimpunan yang julung-julung kali diadakan dengan penuh gilang-gemilang.

Catatan Dari : Puan Hajjah Maznah Bte. Husein. (Setiausaha Penyambung Warisan Salasilah Warigh Menuang Karim).

Pengerusi Menuang Yang Komited.



Dato' Haji Mohamed Bin Husein.(DSNS,ANS,PMC,PJK)


Dari generasi kedua iaitu Naemah dan Kasan maka lahirlah Jailah(Wok) yang bertemu jodohnya dengan Othman. Salah seorang zuriat yang dilahirkan antara Jailah(Wok) dan Othman, lahir pula Aminah yang bertemu jodohnya dengan Husein.Pasangan antara Aminah dan Husein telah melahirkan anak lelaki yang dinamakan Mohamed.Kecenderungan Mohamed dalam menuntut ilmu hingga ke seberang laut telah memberi satu dorongan kepada warigh-warigh yang lain untuk berjaya.

Pendidikan awal.

Dato' Mohamed Bin Husein memulakan pendidikan awal di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.Beliau juga mendapat pendidikannya di Al-Ehya' Al-Shariff, Gunung Semanggol, Perak.

Pendidikan Menengah.

1961-1964 - Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan.

Pengajian Tinggi.

1965-1968 - Kolej Islam Kelang.
1969-1973 - Universiti Al-Azhar, Cairo.
1987 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
1989 - Muslim College, London, United Kingdom.

Kerjaya Dato' Mohamed Bin Husein.

1973-1976 - Guru Bahasa Arab di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Bukit Merbah, Seremban.
1977-1979 - Guru di Maktab Rendah Sains MARA.
1980-1989- Dilantik sebagai Setiausaha di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan.
1983 (Jun) - 1/9/1999 - Penolong Pendaftar Kanan.(dipinjamkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada University Islam Malaysia.
1/4/1984-Oktober 1999 - Dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan dilantik sebagai Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Sebagai Pengarah JHEAINS, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha MAINS, Setiausaha Jawatankuasa Syariah Negeri Sembilan dan Panel Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan.Dato' Haji Mohamed Bin Husein juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Sembilan.

Penglibatan Sebagai Ahli Jawatankuasa / Ahli Lembaga Pengarah.

1990-1992 - Pengarah Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd.
1993-1999- Pengarah Ladang Bangkahulu Sdn. Bhd.
1997-1999- Pusat Zakat Negeri Sembilan.
1991-1997- Kolej Negeri.
1997 - Nesland Berhad.
1997-1999- MAINS Holdings.

Seluruh warga warigh Menuang Karim merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih kerana di dalam kesibukan Dato' Mohamed dengan tugas-tugasnya yang lain, beliau masih berkesempatan untuk sama-sama berjuang menghidupkan perhimpunan keluarga Menuang Karim dengan begitu bersungguh-sungguh.Tahniah Dato', hanya Allah swt sahajalah yang dapat membalas segala keikhlasan Dato' demi memperpadukan hubungan kekeluargaan Menuang.



Tuesday, January 20, 2009

Lahirnya Laksamana Warigh Menuang Karim.

Siapakah dia bayi yang comel ini? Generasi pertama iaitu Menuang Karim dan Saaliah telah dianugerahkan seorang anak yang dinamakan Minal yang bertemu jodohnya dengan Ilam.Hasil perkongsian hidup Minal dan Ilam maka lahirlah Hussein yang bertemu pula jodohnya dengan Putih.Perkahwinan Hussein dan Putih telah dianugerahkan anak lelaki yang bernama Mohd Nor.Ketentuan Illahi mempertemukan Mohd Nor dengan Rokiah yang akhirnya melahirkan anak sulong lelaki yang diberi nama Mohd Anwar.Mohd Anwar dilahirkan di daerah Alor Gajah pada tanggal 12hb. Mac 1950.Siapakah Mohd Anwar ini?Ikutilah kisah beliau seterusnya.

Mohd Anwar Bin Mohd Nor bersama keluarganya.

Sukan Golf, salah satu sukan kegemarannya.

Pernah mewakili dan mengharumkan nama negara dalam pasukan hoki pada Sukan SEAP dan Sukan Asia di Taheran pasa 1974 dan berjaya membantu pasukan memenangi pingat gangsa.

Segak dan bergaya memberi tabik hormat.

Inilah dia wajah Laksmana dari Warigh Menuang yang telah banyak menyumbangkan bakti kepada tanahair tercinta.


Penglibatan awal

Mohd Anwar menyertai TLDM pada tahun 1968. Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini mendapat latihan awal di HM Naval Base Secondary School, Singapura. Pada tahun 1981, beliau telah dihantar mengikuti kursus di Naval Staff College, Rhode Island di Amerika Syarikat.

Kepimpinan beliau teserlah dengan terlantiknya beliau ke jawatan-jawatan penting dalam TLDM. Mohd Anwar pernah menjadi pegawai memerintah KD Pelandok, menjadi juruiring Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-IX dan ke-X. Setelah dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama beliau memegang pula jawatan Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut dan kemudiannya sebagai Panglima Wilayah Laut II. Beliau juga pernah menjadi komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda seterusnya menjawat jawatan Panglima Armada. Setelah itu beliau sekali lagi dinaikkan pangkat Laksamana Madya dan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Laut pada tahun 2002.

Panglima tertinggi

Pada 13 Ogos 2003 Mohd Anwar dilantik menjadi Panglima Tentera Laut dan dinaikkan ke pangkat Laksamana penuh. Laksamana Tan Sri Mohd Anwar mencipta sejarah apabila dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera pada 13 April 2005 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin. Beliau memecah tradisi kerana sebelumnya jawatan itu dimonopoli oleh pegawai-pegawai tertinggi Tentera Darat Malaysia. Perlantikan ini dilihat banyak pihak sebagai bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa dan konsep rangka kerja Pasukan Angkatan Bersama yang ditubuhkan tahun sebelumnya. Ketika memegang teraju Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak menyentuh konsep kebersamaan ataupun jointness dalam operasi ATM melalui ucapan-ucapan beliau. Beliau juga meneruskan usaha-usaha memperkaya ilmu pengetahuan warga ATM melalui konsep K-Force yang dicetuskan oleh Jeneral Tan Sri Zahidi. Sebagai seorang panglima beliau sendiri memiliki ijazah sarjana dari University of Warwick.

Persaraan

Beliau telah digantikan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal dari Tentera Darat mulai 1 Februari 2007. Beliau telah menulis karya yang bertajuk On Command and Leadership yang merangkumi pengalaman beliau dan petikan ucapan-ucapan sewaktu berkhidmat dengan ATM.

Penghormatan

Warigh Menuang Karim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor dengan pencapaian tertinggi yang telah diterima oleh beliau.

Kenangan Mengusik Jiwa - Anak-anak Menuang.

Geng-Geng Pondok Masa Kecil.

Adenan.

Munzir.

Yusof.


Zakaria


Zuhid ( Allahyarham )

Md. Nor.

Saturday, January 17, 2009

Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad - Ulama Disegani.

Gambar Diambil Pada 04/03/1985 di Istana Besar Seri Menanti.

Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad (DSNS,PPT,PJK) dilahirkan di kampung Padang Balang Jempol Negeri Sembilan pada malam Rabu 10/05/1922 bersamaan 12 Ramadhan 1340 Hijrah.
Beliau merupakah salah seorang ulama dari warigh Menuang Karim yang amat disegani dan dihormati.

Keluarganya.

Bapanya Tuan Haji Ahmad Bin Menuang Karim meninggal di Mekah pada tahun 1952 dalam usia 79 tahun.Ibunya Sa'ilam Binti Imam Johan meninggal di kampung Padang Lalang Jempol pada 1923.Beliau berkahwin dengan Hajjah Rokiah Binti Muin, Kampung Tengah Batu Kikir Jempol pada hari Ahad 15/01/1947 bersamaan 22 Safar 1366H dan di anugerahkan 5 orang anak.Anaknya yang sulong seorang perempuan dan menjadi guru agama.Yang kedua meninggal dunia sewaktu kecil (lelaki) dan yang tiga lagi lelaki ( 2 orang bekerja sendiri) dan yang bongsu menjadi Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Didikannya.

Dato' Haji Mustaffa Haji Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Terusan pada 1929-1934.Kemudian berada dalam darjah latihan guru Tahun 1.Beliau seterusnya belajar di pondok Tuan Haji Muhamad di Jempol pada tahun 1935-1936.Beliau melanjutkan pengajian agamanya di Darul Ullum Mekah pada tahun 1937-1944.Beliau berkelulusan Syahadat Nahiyah Minnal Qasmi Al'Ala iaitu sijil tertinggi dari Darul Ullum Mekah sambil mengaji sambilan di dalam Masjidil Haram dan di tempat-tempat kumpulan tertentu di Mekah pada tahun 1937-1946.

Guru-Gurunya.

Selain dari guru-gurunya di Darul Ullum Mekah, beliau mendapat pendidikan daripada ramai guru-guru agama yang lain. Di Antara guru-gurunya ialah:
1) Tuan Haji Ahmad Bilal - Padang Lalang Jempol.
2) Tuan Lebai Abd. Kahar-Padang Lalang Jempol.
3) Tuan Lebai Hashim Abd. Rahman-Padang Lebar Jempol.
4) Tuan Haji Muhammad - Jempol.
5) Tuan Syeikh Abdul Karim Mandili - Mekah.
6) Tuan Ismail Fathani-Mekah
7) Tuan Syeikh Syed Amin Qutbi-Mekah.
8) Tuan Syeikh Syed 'Alwi 'Abbas Maliki -Mekah.
9) Tuan Syeikh Syed Hussin Abdulghani Pelembang-Mekah.
10) Tuan Syeikh Syed Ahid Idris Bogor-Mekah.
11) Tuan Syeikh Syed Muhammad Ali Maliki-Mekah.
12) Tuan Syeikh Syed Abdul Qadir Mandili-Mekah.
13) Tuan Syeikh Syed Haji Abdullah Haji Sijang-Bekas Qadhi Port Dickson dan lain-lain.

Perkhidmatan beliau sebagai guru.

1) Sekolah Rendah Khairiat Arfiah Mekah pada tahun 1945.
2) Madrasah Majidiah Batu Kikir N.S pada tahun 1947-1948.
3) Sekolah Arab Persekutuan Melayu Kluang Johor pada tahun 1949-1952.
4) Sekolah Melayu Jempol dan Batu Kikir N.S pada tahun 1952.
5) Sekolah Agama Menengah Tinggi Negeri Sembilan pada tahun 1962-1965.
Selain itu beliau banyak menerima jemputan untuk mengajar di surau-surau kampung.

Perkhidmatan dengan kerajaan Negeri Sembilan.

1) Guru Agama 1952.
2) Penolong Nazir Pelajaran Agama Daerah Kuala Pilah 1953-1956.
3) Nazir Pelajaran Agama Negeri Sembilan 1956-1965.
4) Pegawai Pelajaran Agama N.Sembilan 1965-1973.
5) Pengelola Pelajaran Agama N. Sembilan 1974-1977.
6) Dilantik semula sebagai Pengelola Pelajaran Agama pada 12/05/1977 hingga 31/03/1981.
Beliau bersara terus dari jawatan kerajaan pada 01/04/1981.

Penulisan beliau.

1) Penyusun Kitab Al Kulilmujib pada kifiat-kifiat beramal dengan Surah Yassin yang mujarab.
2) Penulis Makalah-Makalah dan khutbah-khutbah untuk Jabatan Agama Negeri Sembilan.

Selain itu beliau banyak menduduki sebagai ahli jawatankuasa di beberapa tempat.Beliau juga adalah salah seorang jemaah hakim musabaqah Al-Quran dan juga hakim musabaqah tahfiz Al-Quran.Beliau pernah menganggotai jawatankuasa menyusun undang-undang pentadbiran hukum syarak Negeri Sembilan.

Dato' Haji Mustaffa Bin Haji Ahmad pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Sembilan.Beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sembilan pada tahun 1987.Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu ingin menghadiri mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun 1993 berusia 71 tahun di rumah kediamannya di Taman Dato' Wan, Seremban.Jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan Batu Kikir bersebelahan dengan kubur isterinya yang meninggal dunia sebelum beliau.Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya dan dimasukkan bersama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.

Thursday, January 15, 2009

Barisan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Warigh Menuang.

Barisan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Warigh Menuang bergambar di akhir majlis perhimpunan.Sebarang perkembangan terbaru ataupun untuk membeli cetakan "Carta Salasilah Keluarga Menuang Karim" bolehlah berhubung dengan Puan Hajjah Maznah bte. Husein di talian 013-3801170 yang merangkap sebagai setiausaha perhimpunan.
Warigh-warigh juga dialu-alukan untuk menghantar beberapa bahan seperti gambar dan artikel untuk dimuatkan ke dalam blog Warigh Menuang Karim.Setiap gambar dan artikel bolehlah dikirimkan melalui email kepada menuangkarim@yahoo.com atau hawira@yahoo.com.au ataupun hanifsalleh@gmail.com.
Selain itu sebarang cadangan dan komen untuk kebaikan perhimpunan akan datang boleh juga disuarakan melalui email ataupun berhubung terus dengan tuan blog di talian 013-3493799.

Sunday, January 11, 2009

AJK Warigh Menuang Bermesyuarat.



Mesyuarat 'Post-Mortem' sempena Majlis Perhimpunan "Warigh Menuang" telah diadakan di rumah Yang Berbahagia Dato' Haji Mohamed Bin Husein pada 11/01/2009 jam 10.00 pagi.Yang Berbahagia Dato' telah memulakannya dengan 'umul kitab Al-Fatihah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan tersebut.
Beberapa perkara telah disentuh untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan beberapa AJK juga telah memberikan pandangan mereka demi untuk kebaikan.
Analisa pendapatan dan perbelanjaan majlis perhimpunan telah dibentang oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Noresah Bt. Othman selaku bendahari perhimpunan.Dalam pada itu satu kutipan derma kilat juga telah dilakukan bagi menampung beberapa perbelanjaan yang masih lagi perlu diperjelaskan.
Mesyuarat berakhir pada jam 12.45 tengahari dan para AJK telah dijamu dengan beberapa juadah dari tuan rumah.
Sesungguhnya majlis perhimpunan yang diadakan bukanlah untuk mencari nama tetapi ia adalah satu tuntutan agama dalam merapatkan silatulrahim antara keluarga.Insya'alah perhimpunan seterusnya telah dipersetujui oleh semua AJK untuk dijadikan perhimpunan dwi-tahunan bagi mengumpulkan semua warigh-warigh berdasarkan beberapa maklumat terkini yang diperolehi daripada perhimpunan yang pertama.

Di bawah disertakan serba sedikit tentang kutipan yang diperolehi dari 7 keluarga Menuang:

1) Keluarga Haji Minal : RM1025.00.
2) Keluarga Haji Ahmad : RM2460.00.
3) Keluarga Hjh Naemah : RM2460.00.
4) Keluarga Haji Bador : RM 900.00.
5) Keluarga Siti (Tiaya) : RM1715.00.
6) Keluarga Hjh Noresah : RM 750.00.
7) Keluarga Haji Ujang : RM 660.00.
Jumlah kutipan sehingga 28/12/2008 bersamaan dengan penjualan "car stickers" : RM10055.00.

Perbelanjaan:

Banner :RM 150.00.
Back Drop :RM 350.00.
Desert :RM 39.00.
Upah Pekerja(Angkat/Susun Kerusi Meja :RM 100.00.
Makanan/Khemah/PA System dll. :RM10000.00.(anggaran yg. diperolehi)
Cendol/Ais/Mangkok/Sudu :RM 317.00.
Stickers utk. kereta(187 nos x RM2.80) :RM 523.60.
Salasilah yang disediakan :RM 300.00.
Upah utk. penuntut universiti :RM 300.00.
(Penyediaan Illustrator Salasilah)
Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan :RM12079.00 (anggaran sahaja)

Oleh itu pihak AJK telah melakukan derma kilat bagi menampung perbelanjaan yang masih lagi tertunggak bayarannya.Semoga Allah melimpahkan kemurahan rezeki kepada para penderma-penderma sekelian.