Wednesday, June 24, 2009

Tahniah Jamaluddin Bin Sabeh.

KUALA LUMPUR 15 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada seorang duta dan tiga pesuruhjaya tinggi Malaysia ke luar negara.
Dalam istiadat yang berlangsung di Istana Negara, turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Finland, Cheah Choong Kit, serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Jamaluddin Sabeh, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Mohd. Yusoff Abu Bakar, yang turut ditauliah sebagai Duta Besar Malaysia ke Angola dan Republik Demokratik Congo-Kinshasa
Jamaluddin, 54, anak kelahiran Selangor pula sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Komuniti Sosiobudaya) Jabatan Kerjasama ASEAN, Kementerian Luar; Setiausaha Kedua Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York; dan Konsul Malaysia di Pekan Baru, Indonesia.


VietNamNet – Jamaluddin Bin Sabeh, former Malaysian Consul General in HCM City received the HCM City insignia for his painstaking contribution to strengthening cooperative ties between Vietnam and Malaysia.

The insignia was granted on January 12, in recognition of his efforts at the end of his term in Vietnam.

At the ceremony, Deputy Chairman of the HCM City People’s Committee Nguyen Thien Nhan thanked Mr Jamaluddin Bin Sabeh for his positive contribution to the cooperative relations between the two countries.

During his term, Mr Jamaluddin Bin Sabeh established a Malaysian tourism office in HCM City and promoted the establishment of an education office there.

Mr Jamaluddin Bin Sabeh also thanked the Vietnamese State and the HCM City People’s Committee’s for their assistance in fulfilling his missions in Vietnam.

Tan Thuan



Jamaluddin Bin Sabeh adalah anak ke lima dari tujuh adik beradik yang dilahirkan oleh Saripah dan Sabeh. Salasilah keturunan beliau adalah daripada keturunan Ahmad dan Meriam.Perkongsian hidup di antara Ahmad dan Meriam maka lahirlah Saenah yang berkahwin dengan Mohd Said.
Warigh-Warigh Menuang Karim mengucapkan tahniah kepada Jamaluddin Bin Sabeh di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Kedutaan di Bangladesh.

Pertanyaan Makna "Waris Menuang".

Blogger Hanez Abd Majid said...

Salam,

Tumpang tanya. Apa maknanya "waris menuang". Pertama kali saya dengar istilah ni adalah selepas Yamyuan Tuanku Jaafar mangkat tempoh hari. Saya bayangkan maksudnya adalah upacara pengkebumian. Tolong terangkan

June 22, 2009 7:07 PM



Ini adalah komentar dari Saudari Hanez Abd. Majid yang berprofil undang-undang di Seremban.Penulis tidak tahu samada Saudari Hanez adalah salah seorang daripada warigh Menuang atau tidak.Walau apapun pertanyaan beliau tentang makna "waris menuang" perlu dijawab agar tidak timbul kekeliruan.
Makna "waris" rasanya tidak perlu diperjelaskan kerana secara umumnya sesiapa yang ada hubungkait tali persaudaraan dengan seseorang akan disebut sebagai "waris". Contohnya, apabila sibapa meninggal dunia, maka segala urusan pengkebumian akan diuruskan oleh waris-warisnya yang bermaksud isterinya, anak-anaknya serta saudara maranya yang ada pertalian keluarga dengan simati.Manakala perkataan "Menuang" itu adalah nama moyang kami, yang nama penuhnya ialah Menuang Karim.Ada juga yang mengatakan nama "Menuang" yang diletakkan di pangkal nama Karim itu merupakan satu gelaran. Oleh itu anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut dan sebagainya yang dilahirkan berpunca dari keturunan Menuang Karim akan disebut sebagai "Waris Menuang". Kalau disebut dalam bahasa percakapan orang-orang Negeri Sembilan, maka ia akan dieja sebagai "Warigh Menuang".
Diharap Saudari Hanez Abd. Majid akan faham kenapa disebut sebagai "Waris Menuang" atau Warigh Menuang". Secara kebetulan di mana perhimpunan keluarga "Warigh Menuang" diadakan di Seremban pada 28/12/2008 ialah berlakunya kemangkatan Tuanku Ja'afar pada 27/12/2008. Oleh itu ia bukanlah bermaksud upacara pengkebumian seperti apa yang Saudari Hanez bayangkan.

Tuesday, June 23, 2009

Kunjungan Ke Rumah Dato' Tairobi Bin Hj. Abd Razak.

Kediaman Dato' Tairobi Bin Haji Abdul Razak.
Dato' Tairobi Menyambut Kedatangan Kami.
Abang Nokman Menceritakan Sesuatu Kepada Lt.Kol (B) Mohammad.
Bertanya Khabar & Bercerita Kisah-Kisah Lama.
Datin Zainun & Haji Yusof.

Tuan Rumah Menjamu Kami Dengan Makanan-Makanan Yang Enak-Enak.

Dato' Tairobi & Datin Zainun Mengiringi Kepulangan Kami.



Brig.Jeneral Dato' Tairobi Bin Hj Abd. Razak.



Kunjungan kami ke rumah Dato'Tairobi di Banting adalah salah satu misi kami dari warigh Menuang iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.Rombongan kami disertai oleh Haji Yusof,Kak Maznah,Abang Nokman,Haji Hisham,Lt.Kol (B) Mohammad dan isteri.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Dato' Tairobi kerana telah memberi satu layanan yang cukup istimewa kepada kunjungan kami.Kami senantiasa berdoa kepada Allah swt agar Dato' Tairobi sekeluarga diberi perlindungan,kerahmatan dan kesihatan yang berpanjangan.

Monday, June 22, 2009

Eratkan Silaturrahim Warigh Menuang.













Kalau dibaca risalah di atas, kita akan faham betapa pentingnya hubungan "Silaturrahim". Pada muka surat 12 risalah ini dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh mereka-mereka yang memutuskan "Silaturrahim" agar bangun dari kumpulannya kerana baginda ingin berdoa kepada Allah swt. Doa Rasulullah s.a.w yang tiada hijabnya tertolak kerana adanya golongan yang suka memutuskan "Silaturrahim" duduk bersama baginda.
Kadang-kadang wujud perselisihan kecil di antara kita hingga terputusnya "Silaturrahim". Perselisihan itu sebenarnya adalah sunnah tetapi yang tak baiknya ialah perselisihan hingga membawa kepada perpecahan.Disebabkan berselisih pendapat dengan orang sebelah maka yang jadi mangsa ialah ternakan orang sebelah yang memasuki kawasan rumah kita.Ayamnya masuk, kita baling dengan kayu hingga tempang kakinya, lembunya masuk, kita simbah dengan asid hingga mendatangkan kemudaratan kepada binatang-binatang tersebut.Apakah itu caranya kita menyelesaikan perselisihan?
Penulis merasakan persoalan ini amat penting bagi warigh-warigh kita agar apa yang kita usahakan selama ini iaitu "Yang Jauh Kito Dokekkan, Yang Dokek Kito Himpunkan" tidak tinggal sebagai slogan sahaja.Perselisihan yang membawa kepada pepecahan inilah yang kita takutkan sedangkan segala-galanya boleh diselesaikan dengan bermuzakarah.Kalau nak dipertahankan ego kita, kajilah balik asal kejadian kita.Kita dijadikan dengan setitis air mani dan dilahirkan dalam keadaan yang begitu jahil sekali.Apabila dah besar, ubun-ubun pun dah keras, maka hati kita juga turut keras hingga tak layak lagi untuk menerima pakai pendapat orang lain.Akhirnya kita hanya merelakan perpecahan sehinggakan hubungan "Silaturrahim" tidak kita endahkan lagi.
Semoga apa yang penulis sampaikan ini dapat memberi kesedaran kepada diri penulis sendiri dan juga warigh-warigh yang lain.Sama-samalah kita berkongsi ilmu kerana apa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita bukanlah milik kita seorang.

p/s: Risalah di atas adalah pemberian sahabat penulis iaitu Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki dan pernah disampaikan oleh Al-'Allamah Sayiid 'Alawi Ibn Abbas Al-Maliki (guru Syeikh Fuad al- Maliki).
Bagi warigh-warigh yang ingin copy risalah tersebut, keizinan diberi dengan rendah hati.

Thursday, June 18, 2009

Yang Sakit Kita Ziarahi.

Dato' Thairoby bersama Haji Yusof.
Barulah terkenang nak mencari,
Siapa Moyangnyo....?
Apo Warighnyo........?
Kok dah meninggal, di mano kuburnyo......?
Kok masih ado (hidup) di mano tinggalnyo......?
Siapo-siapo anaknyo......?
Bagaimano memanggilnyo......?
Kok masih bekojo,di mano pejabatnyo.....?
Kok dah pencen, di mano menotapnyo.....?
Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnyo.
Kok dah tuo,............dihormati,
Kok mudo,.........samo-samo menyayanginyo,
Kok masih budak-budak,kanak-kanak.......bolikanlah permainannyo.

Inilah petikan ucapan dari Pengerusi Warigh Menuang iaitu "Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnya". Penulis mendapat berita bahawa Dato' Thairoby, iaitu suami kepada Datin Zainun Bte Dato' Hj. Nordin telah jatuh sakit sejak 3 minggu yang lalu. Beliau dikhabarkan menetap di Banting, Selangor. Khabar berita ini disampaikan oleh Haji Hisham setelah beliau dimaklumkan oleh Puan Maznah yang telah pergi menziarahi Dato' Thairoby. Insya'allah, penulis dan warigh-warigh yang lain akan menyusul untuk menziarahi Dato' Thairoby dan sama-samalah kita berdoa agar penyakit yang dialami oleh beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa.

Wednesday, June 17, 2009

Renungan Untuk Anak-Anak Warigh Menuang.



Klip video ini, penulis paparkan adalah sebagai peringatan kepada anak-anak Warigh Menuang. Doa yang dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Yazid Jaafar ini seringkali membuatkan kita berfikir sejenak tentang betapa kerdilnya kita di sisi Allah swt. Peringatan di dalam doa ini juga adalah untuk tuan Blog sekeluarga juga dan diharap ia dapat dikongsi bersama dengan warigh-warigh yang lain. Penulis mengambil kesempatan merakam bacaan doa ini sewaktu menghadiri kuliah Maghrib di masjid berdekatan dengan rumah penulis.

Aktiviti Salah Seorang Warigh Kito.

Haji Hisham Bin Zainal (berbaju kelabu)



Assalamualaikum Warigh Hanif,
Alhamdulillah sudah selamat Pengislaman Saudara baru kita yang bernama Kalvin Tang Chee Wei IC 620606 01 6005 tepat pada pukul 12 tghari hari ini diadakan di-Pertubuhan Al Khadeem,Kayu Ara, Petaling Jaya. Pegawai Dakwah-Tuan Hj Mohd Zainuddin bin Abdullah dari Perkim Bahagian Negeri Selangor ada bersama untuk mendaftarkan beliau dan urusan perasmian tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hussain Yee dari Pertubuhan Al Khaadem didepan khalayak ramai berjumlah 30 orang.Ustaz Hussain Yee sudah memeluk Agama Islam selama 40 tahun dan banyak memberi ceramah Islam kepada orang2 Islam dalam bahasa Inggeris.
Saya bersyukur kepada Allah kerana telah dipanggil oleh pihak Saudara Baru kita -nama barunya Muhd Haikal Tang bin Abdullah untuk menjadi satu dari 2 orang saksinya.Beliau adalah seorang peniaga restoran Fishball di- Damansara Utama..
Saya sangat terharu atas menghadiri majlis tersebut dan juga dapat memperkasakan syiar Islam dengan cara begini. Diharap kita sama2 boleh mengislamkan ramai2 lagi dimasa hadapan Wassalam..

Penulis merasa terharu apabila mendapat email daripada salah seorang warigh kita yang terlibat dalam kerja dakwah sebagai saksi bagi mengislamkan mereka yang baru mendapat hidayah dari Allah swt. Beliau ialah Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal (anak Pak Udo Taho) yang memenafaatkan masa lapangnya sebagai pesara untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terpuji sebegini. Sesungguhnya sisa-sisa hidup yang diberikan oleh Allah swt kepada kita sebaiknya dimanafaatkan dengan kerja-kerja dakwah sebegini kerana perhitungan amal kita akan diambil kira apabila kita hadir di hadapan Allah swt untuk perbicaraan nanti. Penulis juga merasa begitu bersyukur kerana saudara baru tersebut akhirnya dibukakan pintu hati oleh Allah swt untuk menerima Islam dalam usia 47 tahun. Semoga Allah jualah yang akan membalas segala amal baik yang kita kerjakan di dunia ini.

Sunday, June 7, 2009

Sekitar Perkahwinan Awanis dan Wan Ahmad Zuwairi.

Kedua Pengantin Masuk Ke Dewan.
Antara Warigh-Warigh Yang Datang.





Pada 07hb Jun. 2009 telah berlangsungnya keraian pengantin iaitu Awanis Bte Mohd Sharif dan Wan Ahmad Zuwairi di Dewan Serbaguna Ampangjaya. Majlis yang sederhana ini tetap meriah kerana para warigh-warigh dapat bertemu sambil beramah mesra. Penulis sempat menghadiri majlis tersebut bersama keluarga walaupun masih ada lagi 4 jemputan kahwin pada hari yang sama untuk dipenuhi.Walau apapun sama-samalah kita doakan agar kedua mempelai mendapat keberkatan dari Allah swt.

Friday, June 5, 2009

Panglima Setia Mahkota Untuk Warigh Kito.

Tan Sri Mohd Sharom Bin Dato' Haji Nordin.

Hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin telah melakar satu sejarah untuk salah seorang Warigh Menuang.Dato' Wira Mohd Sharom Bin Dato' Haji Nordin telah dianugerahkan bersama-sama 41 penerima anugerah yang lain menerima penganugerahan tertinggi iaitu Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.
Bagi pihak Warigh Menuang keseluruhannya, sekalung tahniah diucapkan kepada Tan Sri Mohd Sharom dengan penganugerahan tersebut.Penulis juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang ulama iaitu Dato' Harussani Bin Zakaria kerana beliau juga menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

p/s: Bilo agak eh penulis nak dapek anugerah pulak..........

Thursday, June 4, 2009

Batu Kikir Ada Sejarah.



Koleksi Pakaian Za'aba.
Mesin taip yang digunakan oleh Za'aba.

Antara barang-barang koleksi Za'aba.
Gambar Pendita Za'aba.
Perginya seorang Pendita ke hadrat Illahi.

Batu Kikir adalah tempat di mana ramainya Warigh-Warigh Menuang berkampung.Walaupun Pendita Za'aba bukan dari kalangan warigh Menuang, namun ramai di kalangan warigh Menuang yang seangkatan dengan beliau mengenali Za'aba dengan lebih dekat.Kalau dulu, apabila disebut Batu Kikir, maka tanggapan orangramai hanyalah kepada keunikan jambatan bosi.Kini jambatan bosi telah ditukar kepada jambatan batu, maka dengan itu pengenalan kepada Batu Kikir Jambatan Bosi akan mula dilupakan.
Batu Kikir kini boleh berbangga dengan adanya Teratak Za'aba yang mana telah mengumpulkan kesan sejarah perjuangan Za'aba dalam dunia kesusasteraan dan penulisan.Kelahiran Za'aba di Batu Kikir telah mencatatkan satu lagenda tokoh bahasa yang dipandang tinggi oleh seluruh rakyat di negara ini.Warigh Menuang juga turut menumpang bangga dengan kelahiran seorang tokoh yang disanjung tinggi oleh seluruh warga Malaysia.
Bagi warigh-warigh Menuang yang bukan tinggal di Batu Kikir bolehlah berkunjung ke Teratak Za'aba sambil membaca tulisan-tulisan tokoh yang ternama ini.


Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pulang Tuan Imam.

Berkunjung ke Tanah Suci Mekah memang menjadi impian dan cita-cita setiap umat Muhammad s.a.w.Kalau musim haji maka berbondong-bondonglah umat Islam menyahut seruan Illahi untuk menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan.Ada juga yang mengunjungi Baitullah di luar musim haji untuk melakukan umrah.Warigh-Warigh Menuang juga tidak ketinggalan untuk mengerjakan umrah apabila dianugerahkan rezeki oleh Allah swt.Ini termasuklah Imam Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abd. Majid yang pergi menunaikan umrah bersama keluarganya.Penulis sempat bertanya kepada Bilal Aman (Bilal Masjid Batu Kikir) sewaktu menghadiri solat Subuh tentang Imam Warigh Menuang baru-baru ini.Adalah difahamkan bahawa beliau dan kelurganya akan kembali ke tanahair pada 03/06/09.Alhamdulillah, sama-samalah kita doakan beliau dan keluarga kembali dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera untuk terus bertugas sebagai Imam di Masjid Batu Kikir.
Rumah Imam Haji Ahmad Bin Haji Abd. Majid.