Tuesday, July 27, 2010

Berinteraksi Dalam Facebook.

Facebook untuk warigh-warigh Menuang berinteraksi telah diwujudkan bagi memudahkan lagi warigh-warigh menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan aktiviti ataupun berita tentang warigh-warigh yang ada.Kemudahan ini memberi peluang kepada warigh-warigh berhubung antara satu sama lain sambil memberikan pandangan masing-masing.Warigh-Warigh yang masih lagi belum menjadi rakan facebook Warigh Menuang Karim bolehlah "add friend" agar pihak administrator dan warigh-warigh yang lain boleh mengenali kita dengan lebih rapat dan mesra.Jadikanlah platform ini sebaik mungkin agar hubungan silaturrahim yang dibina dapat diperkukuhkan lagi.Blog Warigh Menuang Karim mengucapkan selamat berinteraksi kepada semua warigh-warigh.

Saturday, July 24, 2010

Lokasi Perhimpunan KeDua Warigh Menuang.

Yayasan Anak-Anak Yatim, Jempol Bakti, Batu Kikir, N.Sembilan.
Pasarana Di Yayasan Anak Yatim.
Dewan Yayasan Anak-Anak Yatim.
Ruang Letak Kereta.
Kantin Yayasan Anak-Anak Yatim.

Dalam mesyuarat pertama Perhimpunan Ke-2 Warigh Menuang, Ahli-Ahli Jawatankuasa telah mencadangkan beberapa lokasi untuk mengadakan Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang. Di antara lokasi yang dikenal pasti ialah di Tepian Gelanggang, Paroi, Seremban, Pusat Dakwah, Paroi, Seremban, Sekolah Sri Seremban, Seremban dan Yayasan Anak-Anak yatim Jempol Bakti, Batu Kikir. Setelah mengambil kira tentang pasarana, kekosongan, kos dan sebagainya, maka Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih Yayasan Anak-Anak Yatim Jempol Bakti, Batu Kikir dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai untuk diadakan Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim.
Adalah dimaklumkan bahawa kos untuk menyewa Dewan Serbaguna di Yayasan ini ialah RM400.00. Kemudahan seperti surau, tandas, kantin, parkir kereta disediakan dengan percuma. Manakala Yayasan ini juga menyediakan asrama untuk mereka yang ingin bermalam dengan kos yang amat berpatutan. Kos bagi menyewa asrama yang mempunyai 7 katil ialah RM100.00, 10 katil RM130.00 dan 16 katil berharga RM200.00. Maklumat ini didapati daripada Saudara Zarul Adam Bin Kamil yang begitu komited untuk merealisasikan perhimpunan ke-2 Warigh Menuang Karim.
Pihak AJK juga telah bersetuju untuk menyerahkan tugas katerer kepada Puan Azura Bt. Hj Kamaruddin memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang baik untuk mengendalikan sajian makanan dalam beberapa majlis keramaian.
Beberapa cadangan untuk mendapatkan dana bagi mengadakan perhimpunan ini berjalan dengan lebih teratur dan baik. Datin Hajjah Noresan ataupun lebih dikenali dengan nama Cikgu Induk mencadangkan agar setiap warigh yang berumur 12 tahun ke atas dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 seorang bagi menampung kos-kos yang telah diperkatakan seperti sewa dewan, makanan dan minuman, PA System, khemah dan sebagainya. Ketua-ketua warigh dari perut masing-masing telah dilantik untuk mengutip dana-dana tersebut bagi melicinkan lagi persediaan yang telah dirancang.
Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang juga akan mengadakan acara khas seperti membaca selawat dan bertahlil bagi melengkapkan lagi aturcara majlis tersebut. Beberapa program yang lain juga sedang diatur agar perhimpunan kali ini lebih meninggalkan kesan yang begitu baik terutamanya untuk golongan remaja. Penglibatan Saudari Norhaslinda Bt Hashim juga dilihat begitu bermakna apabila beliau menyuarakan beberapa cadangan yang begitu bernas agar golongan muda lebih mendekati dan mengenali golongan lama dalam majlis yang akan diadakan. Begitu juga dengan kehadiran Dato' Mohd Awal Bin Dato' Hj. Nordin (Dato' Menteri Hakim) yang begitu komited untuk menjadikan perhimpunan kali ini lebih bermakna.
Ahli-Ahli Jawatankuasa yang lain juga telah menunjukkan betapa mereka begitu komited dengan memberikan input-input yang begitu baik sekali bagi merealisasikan perhimpunan kali ini. Sama-samalah kita berdoa agar perjalanan yang kita cadangkan ini dipermudahkan oleh Allah swt kerana apa yang ingin kita lakukan ini adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. agar kita tidak bercerai berai dan senantiasa mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Selamat Berjaya Warigh Menuang.

Sunday, July 18, 2010

Mesyuarat Perhimpunan Ke 2 Jejak Kasih.






Mesyuarat yang kedua untuk merealisasikan Perhimpunan Ke 2 Warigh Menuang telah diadakan pada 18/07/2010, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Masjid Paroi Jaya, Seremban,N.Sembilan.Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh:
1) Dato' Mohd Awal Bin Dato' Hj. Nordin.(Datok Menteri Hakim).
2) Tuan Haji Hisham Bin Dato' Hj. Zainal.
3) Y.Bhg. Datin Hjh. Noresah Bte. Othman.
4) Puan Hajjah Maznah Bte Husein.
5) Tuan Haji Mohd Zain Bin Abd. Rahman.
6) Tuan Haji Munzir Bin Othman.
7) Tuan Haji Nazri Bin Hj Adam.
8) En. Mohd Yasin Bin Usop.
9) En. Syamsul Redzuan Bin Hj. Mohd Salleh.
10) En. Zarul Azam Bin Mohd Kamil.
11) En. Mohd Hanif Bin Hj. Mohd Salleh.
12) Puan Azura Bte Hj. Kamaruddin.
13) Puan Halimah Bte Hj. Kamaruddin.
14) Norhaslinda Bte Hashim.
15) Merry Chistiana.

Mesyuarat telah menetapkan untuk mengadakan Perhimpunan Ke 2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim pada 6hb. November 2010 bersamaan Hari Sabtu di Yayasan Anak-Anak Yatim Jempol Bakti, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik Dato' Awal Bin Dato' Hj. Nordin sebagai Pengerusi bagi majlis perhimpunan yang akan diadakan.
Di antara perbincangan dalam mesyuarat inlah berkenaan dengan perencanaan untuk merealisasikan perhimpunan Warigh Menuang Karim dan memperbaiki beberapa kelemahan pada perhimpunan yang pertama yang diadakan.Insya'allah, mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 22/08/2010 di tempat yang sama bagi kali yang terakhir sebelum perhimpunan di adakan pada 06hb. November 2010.

Thursday, July 15, 2010

Perginya Warga Emas Warigh Menuang.



Seorang lagi warga emas Warigh Menuang Karim telah dijemput oleh Allah swt pada jam 6.25 petang, bersamaan Hari Khamis, 15hb. Julai 2010.Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarhamah Wok Jamilah yang tinggal di Bentong Pahang.Allahyarhamah yang berusia 80 tahun merupakan warigh dari Tuan Haji Bador dan Siwok Dina.
Sebelum Allahyarhamah Wok Jamilah meninggal dunia, beliau telah diziarahi oleh Tuan Haji Hisham Bin Dato' Hj. Zainal, Tuan Hj Yusof dan Puan Hajjah Maznah pada sebelah paginya.Namun ketentuan Illahi telah menjemput Allahyarhamah pada petang Jumaat yang mulia tanpa diduga oleh sesiapa juga.
Jenazah Allahyarham kini berada di rumah anaknya Fatimah Aini di alamat No 189, Sg Marong, Bentong Pahang dan akan disempurnakan selepas Solat Jumaat di tanah perkuburan Sg. Marong, Bentong, Pahang.
Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



"Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun",(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali".

(Kalimat ini dinamakan kalimat istirja'(pernyataan kembali kepada Allah, dan disunnahkan untuk kita menyebutnya pada waktu ditimpa musibah, baik kecil ataupun besar)

Monday, July 5, 2010

Promosi Video Perkahwinan.



Video di atas telah dihasilkan oleh Sabirin Mohamed Nor sewaktu pernikahan di antara Nor'ain dan Arif pada 18/06/2010.Siapakah Sabirin Mohamed Nor jika dikaitkan dengan Warigh Menuang Karim?Beliau merupakan suami kepada Mariam Bt Haji Adenan ataupun lebih tepat lagi anak menantu Pak Long Denan.Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk rakaman video atau gambar, bolehlah berhubung terus beliau di talian 019-2379500. Sabirin mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang fotografi dan video, apatah lagi beliau telah banyak merakamkan gambar-gambar VVIP seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri sewaktu mereka mengadakan satu-satu acara dalam beberapa majlis tertentu.Kalau nak discount, mungkin boleh terus berunding dengan Sabirin kot.