Wednesday, September 29, 2010

Perhimpunan Jejak Kasih Ke-2 - Apa Agendanya??

Pada 6hb. November 2010 bersamaah Hari Sabtu, akan diadakan perhimpunan ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim.Perhimpunan kali ini akan diadakan di Yayasan Anak-Anak Yatim, Jempol Bakti, Batu Kikir Negeri Sembilan. Ini bermakna, tinggal hanya 1 bulan dan beberapa hari sahaja lagi untuk perhimpunan tersebut berlangsung.
Pihak AJK yang terlibat mungkin telah menyusun beberapa agenda sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.Tuan Blog hanya sempat hadir bermesyuarat hanya sekali disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Dengan itu Tuan Blog mewakili ahli warigh-warigh yang lain ingin meminta agar AJK Bertindak yang telah dilantik mewar-warkan agenda ataupun program-program yang sudah diatur dengan lebih awal untuk makluman warigh-warigh yang ada.
Dengan adanya perancangan rapi dengan program-program yang lebih tersusun, akan membuatkan perhimpunan yang akan dijalankan berjalan lebih menarik. Mungkin bagi warigh-warigh yang mempunyai idea-idea yang lain juga boleh berkongsi dengan AJK Bertindak untuk merealisasikan perjumpaan ini.Program-program yang sudah diatur bolehlah diwar-warkan melalui laman social Face Book ataupun melalui ruang komen blog ini.

Monday, September 20, 2010

Mesyuarat Perhimpunan Ke 2 Jejak Kasih Kali Ke-3

Logo Warigh Menuang Karim Yang Dicadangkan.
Mesyuarat Kali Ke-3 Warigh Menuang Karim Jamuan Makan Tengahari di Rumah Hj Kamil Bin Hj Adam.

Satu mesyuarat untuk menjayakan Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim telah diadakan pada 19/09/2010 bertempat di Yayasan Asrama Anak-Anak Yatim Jempol Bakti Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Antara yang hadir ialah Dato' Mohd Awal Bin Dato' Hj Nordin, Datin Noresah Bt Othman,Tuan Hj Hisham Bin Dato' Hj Zainal, Tuan Hj Nazri Bin Hj Adam, Tuan Hj Mohd Zain Bin Abd Rahman, En. Syamsul Redzuan, En. Mohd Yassin Bin Usop, En. Zarul Azam Bin Hj Kamil, Puan Haslinda Hashim dan Puan Azurah Hj Kamaruddin.
Beberapa cadangan diutarakan serta perbincangan diadakan untuk menjayakan majlis Perhimpunan Jejak Kasih Ke-2 Warigh Menuang Karim yang akan diadakan pada 6hb. November 2010.
Pihak warigh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Kamil Bin Hj Adam kerana menjadi penaja untuk jamuan tengahari di rumah beliau.Semoga apa yang diperbincangkan dapat direalisasikan dengan jayanya, Insya'allah.

Wednesday, September 15, 2010

Photo Pilihan Hari Raya Idilfitri.

Berbagai-bagai cara untuk kita mengabadikan gambar-gambar kenangan sewaktu menyambut Hari Raya Idilfitri. Adakalanya kita berpeluang bergambar bersama-sama pemimpin negara, celebriti ataupun keluarga kita sendiri. Blog sempat memilih beberapa gambar untuk dimuatkan di dalam entri kali ini. Mungkin ada lebih banyak lagi gambar-gambar kenangan yang tidak sempat untuk dimuatkan baik sewaktu menyambut Hari Raya ataupun hari-hari yang lainnya.Insya'allah blog akan cuba memaparkan beberapa lagi gambar-gambar kenangan pada masa akan datang.
Rafiq Salleh Family


Merry Chistina, Tun Mahathir, Siti Hasmah, Syamsul Redzuan
Sabirin Mohammad Nor & M.Nasir
Yusoff Abdul Rahman Family
Salman Abdul Wahab Family
Abdul Rahman Abdul Wahab Family
Puan Hjh Asma' Hj Abd Majid Family
Abdul Rahim Abdul Wahab Family
Nurul Hafizhah Mohd Zulfakar Family
Mukhriz Hamzah Family
Mahmudah Abd Wahab Family
Hanif Salleh Family.
Hisham Zainal Photo.
Fuad Salleh Family
Faizah Zainal Family.

Dean Ibrahim.

Tuesday, September 14, 2010

Jangan Copek Teraso.

Kito hidup dalam dunio,
Macam-macam ragam manusio,
Semuo ehh tak samo macam kito,
Jangan kito copek teraso.

Yang miskin ado,
Yang kayo pun ado,
Yang miskin pun nak dijago,
Yang kayo kito pun banggo.

Ado kalo kito copek teraso,
Bilo tak jumpo saudaro-maro,
Berkumpullah rumah orang tuo kito,
Baru kito menjadi mesro.

Tak datang orang ke rumah kito,
Bersangko baiklah yang paling utamo,
Ado kalo ehh orang sibuk dengan kojo,
Ado pulo nak berehat dengan keluargo.

Rumah kito pun tak ado yang tibo,
Tapi kito paham keadaan semaso,
Jalan sosak alasan diterimo,
Kadang-kadang orang pun macam kito, maleh nak ke sini sano.

Bilo dijomput kenduri kendaro,
Kito pulak tak peronah tibo,
Alasan eh kito banyak kojo.
Yang menjomput hati mulo teraso.

Kok tak dijomput kito mengato,
Konon ehh tak ado budi bahaso,
Serba salah orang dibueknyo,
Sajo yo kito nak mencipto sengketo.

Rumah kito macam tu jugo,
Datang orang kito tak bersedio,
Nak hidang bondo pun tak ado,
Kesudahan ehh diumpek pulo.

Kalau raso nak buek apo-apo,
Jomput ajo mano yang ado,
Tak payahlah hati teraso,
Susah bilo lain jadinyo.

Jadi jangan kito meraso dihino,
Mengasingkan diri bukan caronyo,
Ado kalo itu kesilapan kito,
Yang tak peronah kito menyangko.

Semuo manusio samo sajo,
Tak ado yang mulio,
Tak ado yang hino,
Di sisi Tuhan lain nilaiannyo.

Kito yang menulih ni pun begito juo,
Kadang hati copek teraso,
Maklumlah, kito ni bukan yang berharto,
Tapi copek-copek kito lupokannyo.

Andai kato kito menjadi orang kayo,
Surok-surokkanlah tak payah nak bercerito,
Sobab yang kayo cumo Yang Maha Eso,
Bersyukur kito ateh pemberiannyo.

Jiko kito kurang berharto,
Jangan pulak teraso dihino,
Sobab banyak hikmah disebaliknyo,
Akhirat besok tak banyak ditanyo.

Jadi jangan kito copek teraso,
Toga dek ghoto dunio,
Semuo ehh tu cumo sementaro,
Yang nak dibawak sok tu deh amalan kito.

Dulu Nabi peronah dihino,
Oleh Yahudi yang buto mato,
Disumpah seranah eh Nabi kito,
Totap jugak Nabi menyuap makanan ke mulutnyo.

Kito ni manusio biaso,
Ada kekurangan, ado kelebihannyo,
Jadi jangan kito copek teraso,
Kan tak elok tu di penghujungnyo.

Kalau berjanji, jangan kito lupo,
Kalau bercerito nak kono jago-jago,
Diumpek koji, itu pokok dek dio,
Dio sendiri yang menanggung doso,

Itulah dio manusio,
Semuo ehh bukannyo samo,
Kok dah ramai, macam-macam peel yang ado,
Tak payahlah kto copek teraso.

Semuo kito ni dah tuo,
Ontah esok, ontah luso ado ko laie umor,
Kok ado kesilapan lamo,
Ni dah rayo, datanglah jumpo.

Ini dah sampai Hari Rayo,
Bermaaf-maafan yang paling utamo,
Baru hidup jadi cerio,
Janganlah kito copek teraso.

"SELAMAT HARI RAYO SEMUO"