Tuesday, October 26, 2010

Warkah Dari Adenan Sulaiman......

Klik pada surat untuk besarkan.
Ada bahagian di dalam warkah ini terpaksa di"censored" atas sebab-sebab keselamatan. Yang lainnya adalah tulisan dan cetusan rasa Saudara Adenan Sulaiman sendiri.

Wednesday, October 20, 2010

Minit Mesyuarat Ke-5 Perhimpunan Ke-2 Warigh Menuang.


WARIGH MENUANG KARIM

Yang Jauh Kito Dokekkan, Yang Dokek Kito Himpunkan

MINIT MESYUARAT KE-5 PERHIMPUNAN KE-2 WARIGH MENUANG

Tarikh : 10 Okt. 2010

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Masjid Paroi Jaya, Seremban

KEHADIRAN

Y.Bhg. Dato’ Mohamed bin Husein Penaung

Y.Bhg. Dato’ Mohd Awal bin Dato’ Hj. Nordin Pengerusi Perhimpunan

Tuan Hj. Hisham bin Dato’ Zainal Naib Pengerusi

Tuan Hj. Mohd Nazri bin Adam Naib Pengerusi

Y.Bhg. Datin Noresah bte. Othman Bendahari

Tuan Hj. Mohd Zain bin Ab. Rahman

Puan Nor Haslinda bte. Hashim

Puan. Azurah bte. Kamarudin

Mohd Yasin bin Usop Pen. Setiausaha

Tidak Hadir Dengan Maaf

Shamsul Redzuan bin Mohd Salleh

Tuan Hj. Munzir bin Othman

Zarul Azam bin Mohd Kamil

Mohd Hanif bin Mohd Salleh

Puan Arifah bte. Kamarudin

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1. Y.Bhg Dato’ Mohd Awal selaku Pengerusi Perhimpunan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pada Mesyuarat Ke-5. Beliau seterusnya menekankan agar perhimpunan pada kali ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendekatkan lagi tali silaturrahim di kalangan anak-anak waris Warigh Menuang

AGENDA 1. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PERTAMA PERHIMPUNAN KE-4 WARIGH MENUANG

2. Pindaan kepada tajuk mesyuarat. Minit Mesyuarat Ke-3 ditukar kepada Minit Mesyuarat Ke-4.

3. Tn. Hj. Hisham mencadangkan agar Minit Mesyuarat Ke-4 disahkan dan disokong oleh Y.Bhg. Datin Noresah. Minit mesyuarat telah diterima dengan sebulat suara.

AGENDA 2. PERKARA BERBANGKIT

4. Perkara berikut telah dibangkitkan dari Minit Mesyuarat ke-4:

a. Surat Tempahan Premis. Surat tempahan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Jempol Bakti telah pun dimajukan pada 29 Sep. 2010. Bayaran pendahuluan sejumlah akan dibayar melalui Tn. Hj. Nazri

b. Aturcara Perhimpunan. Mesyuarat telah bersetuju pengacara semasa perhimpunan adalah Sdr. Mohd Haniff bin Mohd Salleh dan juga Pn. Nor Haslinda bte. Hashim.

c. Menu. Mesyuarat bersetuju akan perubahan menu untuk jamuan tengahari seperti berikut:

(1) Gulai daging salai.

(2) Ayam goring kosong.

(3) Ikan sembilang goreng berlada.

(4) Labu masak lemak puteh.

d. Pelancaran Yayasan Warigh Menuang. Y.Bhg. Pengerusi menyatakan bahawa dana yang dijanjikan telah pun disahkan. Ketetapan berikut telah pun dipersetujui:

(1) Y.Bhg. Pengerusi telah mencadangkan agar pelancaran dijalankan oleh Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar bin Mohd Noor (Bersara), anak waris dari Perut Minal. Beliau sendiri akan bertemu dengan Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar bersama dengan Setiausaha pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Namun begitu, sekiranya Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar tidak berkesempatan, beliau mencadangkan pelancaran dijalankan oleh Y.Bhg. Jen Tan Sri Shahrom bin Dato’ Hj. Noordin (Bersara)

(2) Pelancaran akan dilaksanakan dengan ucapan oleh Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar dan diikuti dengan menandatangani plaka perlancaran yang akan direka oleh Setiausaha. Contoh akan dibawa semasa mesyuarat yang akan datang.

(3) Sebelum ucapan pelancaran, latarbelakang kepada Yayasan akan dibentangkan berserta dengan cadangan Protem Committee, lambang serta undang-undang pertubuhan. Deraf undang-undang pertubuhan, lambang dan Protem Committee akan dibentangkan di mesyuarat yang akan datang.

e. Kewangan. Sejumlah RM 5,000.00 telah didahulukan oleh Y.Bhg. Pengerusi dan diserahkan kepada Y.Bhg. Bendahari untuk membiayai perbelanjaan awal keperluan perhimpunan. Mesyuarat juga bersetuju agar kutipan dari anak-anak waris mula dibuat. Pembayaran boleh mula dibuat di mesyuarat yang akan datang.

AGENDA 3. PERSIAPAN PERHIMPUNAN

5. Puan Nor Haslinda mewakili AJK Peralatan telah menyatakan bahawa segala persiapan premis untuk perhimpunan akan dilaksanakan. Perkara berikut telah dipersetujui:

a. Kebersihan. Sekitar premis akan dibersihkan mengikut keperluan termasuk pemotongan rumput.

b. Peralatan Tambahan. Peralatan berikut akan disediakan:

(1) Dewan.

(a) Kerusi VIP sebanyak 7/8 buah termasuk side table oleh AJK setempat.

(b) Beberapa kerusi banquet

(c) 300 kerusi tambahan (disewa)

(d) Pembesar suara dari kemudahan Yayasan.

(2) Dewan Jamuan.

(a) Beberapa meja makan bulat untuk VIP akan disediakan oleh AJK Jamuan.

(b) Hanya 3 buah khemah tambahan diperlukan berserta dengan kerusi dan meja untuk tujuan jamuan buffet. Khemah sebanyak dua buah lagi akan tetap diadakan untuk penempatan pameran dan juga kumpulan caklempong dan bongai.

(3) Meja Pendaftaran. Sebanyak 7 meja dan kerusi pendaftaran akan disedia. Manakala setiap perut akan menyediakan pengendali pendaftaran. Buku pendaftaran akan disediakan oleh Setiausaha. Contoh buku pendaftaran akan disediakan semasa mesyuarat yang akan datang.

PERKARA 4. HAL-HAL LAIN

6. Tajaan. Sehingga kini tiada tajaan yang diperolehi. Namun, segala usaha akan dibuat untuk mendapatkan tajaan dari penaja-penaja tertentu.

7. Pamiran Usahawan-Usahawan Anak Waris. Beberapa waris telah menyatakan hasrat untuk menempah gerai-gerai yang disediakan semasa perhimpunan dengan bayaran yang minimum:

a. Gerai Kek dan Tapai.

b. Gerai Kerepek.

c. Gerai Tupperware.

d. Gerai Aeromodelling.

e. Gerai Pakaian Kanak-Kanak.

f. Gerai oleh Puan Maznah dan Anak-Anak.

8. Penyediaan/Kemaskini Salasilah. Mesyuarat bersetuju seperti berikut:

a. Setiausaha akan cuba berusaha untuk mengemaskinikan salasilah. Sekira ianya gagal, salasilah yang terdahulu akan digunakan serta dipamerkan di bahagian belakang dewan.

b. Semua AJK dan wakil perut dimohon untuk menyediakan salasilah terkini perut masing-masing.

9. Jemputan. Setiausaha menyatakan bahawa surat jemputan kepada anak-anak waris yang mendaftar di Perhimpunan pertama telah pun dimajukan melainkan AJK. Setiausaha akan berusaha lagi untuk menjejak anak-anak waris yang tidak berdaftar dan memajukan surat jemputan dengan kadar segera.

10. Keselamatan. Mesyuarat telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat anggota RELA seramai 5 orang yang akan diusahakan oleh Sdr. Zarul Azam dengan bayaran RM 4.00/jam seorang. Penempatan mereka adalah dua orang untuk pengendali pakir dan tiga orang untuk kawalan lalu-lintas di Jalan Besar Batu Kikir/Bahau.

11. Banner/Sticker. Setiausaha akan berusaha menyediakan 2 banner untuk direntangkan di persimpangan Bahau/Batu Kikir dan juga di hadapan premis Yayasan Anak-anak Yatim beberapa hari sebelum perhimpunan. Contoh akan disediakan semasa mesyuarat yang akan datang.

12 Tarikh Mesyuarat Yang Akan Datang. Mesyuarat telah bersetuju untuk mesyuarat yang akan datang diadakan pada 24 Okt. 2010 di Rumah Anak-Anak Yatim Jempol Bakti, Batu Kikir.

13. Pengerusi dalam ucapan penutupnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir atas perbincangan serta buah fikiran yang telah diberikan. Beliau menyatakan penuh keyakinan bahawa perhimpunan kali ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dengan komitmen yang tinggi dari semua AJK. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.30 tengahari.

15 Okt. 2010

Disediakan oleh:

MOHD YASIN BIN USOP

Setiausaha Bersama

Tuesday, October 19, 2010

Persatuan Kebajikan Keluarga Warigh Menuang Karim.

UNDANG-UNDANG BAGI

PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA WARIGH MENUANG KARIM

KANDUNGAN

FASAL 1 - NAMA

FASAL 2 - TEMPAT URUSAN

FASAL 3 - BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

FASAL 4 - TUJUAN/MATLAMAT

FASAL 5 - KEAHLIAN

FASAL 6 - BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 8 - MESYUARAT PERWAKILAN

FASAL 9 - JAWATANKUASA

FASAL 10 - KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

FASAL 11 - KEWANGAN

FASAL 12 - PEMERIKSA KIRA-KIRA

FASAL 13 - PEMEGANG AMANAH

FASAL 14 - TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 15 - PENASIHAT/PENAUNG

FASAL 16 - LARANGAN

FASAL 17 - PINDAAN UNDANG-UNDANG

FASAL 18 - PEMBUBARAN

UNDANG-UNDANG BAGI

PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA WARIGH MENUANG KARIM

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Kebajikan Keluarga Menuang Karim. Selepas ini disebut sebagai Pertubuhan.

FASAL 2. TEMPAT URUSAN

(1) Alamat tempat urusan pertubuhan adalah

Persatuan Kebajikan Keluarga Menuang Karim,

c/o Datin Hajjah Noresah bte. Othman,

No. 468, Persiaran Rajawali,

Taman Paroi Jaya,

74050 SEREMBAN,

Negeri Sembilan

atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.

(2) Alamat untuk surat menyurat ialah:

c/o Datin Hajjah Noresah bte. Othman,

No. 468, Persiaran Rajawali,

Taman Paroi Jaya,

74050 SEREMBAN,

Negeri Sembilan.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3. LAMBANG/BENDERA/MOTO

(1) Persatuan Kebajikan Keluarga Menuang Karim berlambangkan bendera yang berlatarbelakangkan rumah Minangkabau dengan mempunyai jata Negeri Sembilan dan tertera nama Warigh Menuang Karim. Pada keseluruhannya lambang bertanahkan warna kuning yang memberikan makna seperti berikut:

(a) Rumah Minangkabau melambangkan asal-usul Menuang Karim yang berasal dari Negeri Minangkabau di Sumatera yang telah datang ke Negeri Sembilan pada awal kurun ke 19.

(b) Jata Negeri Sembilan melambangkan tempat bertapaknya Menuang Karim serta anak-anak waris di Negeri Sembilan setelah berpindah dari Minangkabau dengan memberikan ketaatsetiaan kepada negeri dan pemerintah semasa.

(c) Warna kuning melambangkan keluhuran Warigh Minangkabau.

(2) Moto persatuan adalah Yang Jauh Kito Dokekkan, Yang Dokek Kita Rapatkan yang memberi maksud sentiasa berusaha mendekat dan merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan anak-anak waris Warigh Menuang Karim dari semasa ke semasa.

FASAL 4. TUJUAN/MATLAMAT

(1) Persatuan Kebajikan Keluarga Menuang Karim adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak waris Menuang Karim serta keluarga yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi, pendidikan serta kebajikan.

(2) Ianya bermatlamat untuk menentukan anak-anak waris Warigh Menuang Karim sentiasa terbela dari segi kebajikan agar setaraf dengan masyarakat setempat.

FASAL 5. KEAHLIAN

(1) Semua anak-anak waris berketurunan Menuang Karim yang terdiri dari anak, cucu dan cicit serta keturunan seterusnya dari Perut Utama (anak-anak Menuang Karim) adalah layak untuk menjadi ahli. Pada amnya adalah seperti berikut:

(a) Keturunan dari Perut Utama Menuang Karim (Minal, Hj. Ahmad, Naemah, Siti, Bador, Noresah dan Ujang). Salasilah utama Menuang Karim adalah seperti di Carta 1.

(b) Berketurunan Melayu. Anak kepada kepada waris yang berkahwin dengan lain dari Bangsa Melayu adalah dibenarkan.

(c) Beragama Islam. Keahlian anak waris yang keluar dari Agama Islam akan gugur.

(d) Warganegara Malaysia. Anak waris gugur kerakyatan atau tidak menjadi warganegara Malaysia tidak layak untuk menjadi ahli.

(e) Tiada had atau bilangan ahli yang ditetapkan.

(2) Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhak menjadi ahli.

(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ianya telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.

FASAL 6. BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

(a) Bayaran masuk RM ............ (Ringgit Malaysia .....................................).

(b) Yuran bulanan RM ............ (Ringgit Malaysia .....................................).

(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh ........ hari dari awal tiap-tiap bulan.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari dua (2) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehinggalah hutangnya dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) bulan dengan sendirinya terhenti dari menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8. MESYUARAT AGUNG

(1) Dari jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda dari jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana-mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(3) jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(4) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu.

(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.

(c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksaan kira-kira untuk tahun akan datang.

(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

5) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya.................hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

6) Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa atau

b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

(7) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(8) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(9) Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(10) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9. JAWATANKUASA

(1) a) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalm Mesyuarat Tahunan Perwakilan:

Seorang Penasihat/Penaung

Seorang Yang Dipertua

Seorang Naib Yang Dipertua

Seorang Setiausaha

Seorang Penolong Setiusaha

Seorang Bendahari

Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa

(2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan permilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jwatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat perkeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat perkeliling hendaklah di laporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9) Jawatankuasa boleh memberikan perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajiban khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 10 . KEWAJIBAN –KEWAJIBAN PEGAWAI

(1) Perjalanan Penaung adalah bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan hala-tuju Pertubuhan dari masa ke semasa.

(2) Yang Dipertua, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(3) Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.

(4) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kada pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftaran Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

(5) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(6) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha.

(7) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 . KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM............... (diikuti dalam perkataan) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM............. (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM........... (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM............ (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oelh bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dangan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyataan kira-kira yang telah diauditkan itu hendaklah dikemukan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 12 . PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa Kira-Kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13 . PEMEGANG AMANAH

(1) Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepda mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed Of Trust).

(2) Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.

(3) Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman,tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.

FASAL 14 . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap alhi-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15 . PENASIHAT/PENAUNG

(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 16 . LARANGAN

(1) Permintaan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Phoh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, bankers game dan semua permainan bergantung semata-mata kepada nasib.

(2) Pertubuhan atau ahli–ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 17 . PINDAAN UNDANG-UNDANG

(1) Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubhan atau pindaan atau diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18. PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.










...................................

Yang DiPertua.

Nama:




.......................................

Setiausaha.

Nama: