Monday, March 28, 2011

Jejak Warigh Di Bangkok.

Tuan blog menerima email daripada Saudara Mohd Yasin yang dapat menjejaki seorang warigh kita di Bankok Thailand.Warigh yang dimaksudkan ialah Puan Zaleha Bt Hj Sulaiman yang rasanya sudah lama kita tidak bertemu dengan beliau. Walaupun pertemuan mereka mengambil masa yang agak terbatas tetapi ini adalah satu pertemuan yang amat bermakna sekali dalam misi menjejaki warigh-warigh yang sudah lama terpisah.Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Yasin yang berusaha gigih menjejaki Puan Zaleha dan ini menjadi satu dorongan kepada kita untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita. Berikut disertakan email dari Saudara Mohd Yasin kepada tuan blog.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Pada 25 Mac 2011 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang Warigh yang telah menetap di Kota Bangkok. Puan Zaleha Sulaiman yang juga saya panggil Mak Chu telah berkahwin dgn warga Thailand dan menetap di Bangkok semenjak 1983. Pada waktu tersebut suami beliau tiada di rumah kerana ke pejabat. Walau bagaimanapun, saya sempat berbicara sebentar dengan beliau melalui telefon.

Pertemuan singkat selama 30 minit tersebut amat bermakna dan dipenuhi dengan cerita masing-masing tanpa henti. Pertemuan tersebut agak terlewat kerana saya mengambil masa lebih 1 jam untuk mencari lokasi rumah beliau walaupun ditemani oleh Pegawai Pengiring dari RTARF. Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut amat bermakna dan saya berjanji untuk mengunjungi beliau lagi di kunjungan yang akan datang pada 22 - 26 Mei 2010 sekurang-kurangnya untuk merasa Tom Yam Kung beliau. Beliau kini menetap di salah sebuah kawasan perumahan elit di alamat berikut:119/112, Moo Baan Maneeya, Maneeya Project 4/Soi 2, Soi Thai-it, Rattanathibet Road,Nonthaburi, 1100. HP 081-4229663 atau Rumah. 02-9221254


Friday, March 18, 2011

Al-Fatihah Untuk Warigh Kito.

Tuan blog menerima panggilan daripada Tuan Haji Hisham yang memaklumkan bahawa seorang warigh kita telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.00 pagi, Juma'at, 8 Mac 2011. Beliau ialah Puan Hajjah Ismaizan Binti Hashim yang akan mengadakan walimatul-urus anak lelakinya, Afif Taubah Bin Haji Mohd Arif di rumahnya di Taman Bukti, Ampangan, Seremban, N.Sembilan pada 19 Mac 2011.
Seluruh Warigh Menuang Karim mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarhamah dan berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Semoga seluruh keluarga Tuan Haji Mohd Arif Bin Osman tabah dengan ujian Allah swt dan redha dengan pemergian orang yang tersayang.