Monday, May 17, 2010

Jemputan Walimatulurus.


Satu majlis walimatulurus akan diadakan oleh Tuan Haji Mohd Yusoff dan Puan Hajjah Maznah pada 19/06/2010 bersamaan 6 Rejab 1431H bertempat di Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Majlis tersebut adalah untuk meraikan pernikahan puteri kesayangan pasangan Haji Yusoff dan Hajjah Maznah, Nor'ain Bt Haji Mohd Yusoff dengan pasangannya Ariff Bin Ahmad. Kepada warigh-warigh yang sudah menerima undangan tersebut, dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan. Pihak Warigh Menuang Karim mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada kedua mempelai, semoga pernikahan mereka dirahmati Allah jua hendaknya.

Wednesday, April 21, 2010

Warigh Menuang Di Nona.

Cover hadapan majalah Nona bulan April 2010.

Dalam posting sebelum ini, penulis ada menyiarkan beberapa klip video di mana berlangsungnya perkahwinan salah seorang AJK Warigh Menuang di Masjid Ainul Yaqien, Berkasi, Jakarta. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk sama-sama menghadiri majlis walimatul urus tersebut, mungkin kita boleh membaca kisah-kisah antara dua pasangan ini dalam majalah Nona keluaran bulan April 2010. Di bawah ini disertakan gambar yang begitu menarik kedua-dua pasangan yang diijabkabulkan di Masjid Ainul Yaqien, Jakarta.

Selain itu bagi warigh-warigh yang mengenali salah seorang jemaah Masjid Ainul Yaqien iaitu Saudari Surti sewaktu berkunjung ke rumah beliau ataupun yang sama-sama menunaikan fardhu haji bersama beliau, kesemua warigh dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan Saudari Surti bersama pasangannya Olong, di Masjid Ainul Yaqien, Jakarta pada 25/04/2010. Saya mewakili warigh-warigh yang mengenali Saudari Surti berdoa agar pernikahannya dirahmati Allah swt dan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, April 10, 2010

Kito Monang Laiii...........

Tahniah diucapkan kepada pasukan "Hobin Jang Hobin" kerana konsisten menjadi juara setelah memenangi Piala Malaysia menewaskan Kelantan pada tahun 2009. Kali ini Kedah pula yang kena "Hobin" walaupun terpaksa bermain selama 120 minit. Akhirnya pasukan kebanggaan rakyat Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Kedah dengan sepakan penalti. Mula-mula cemas juga sewaktu Kedah mendahului pada babak pertama dengan 1-0 tetapi dapat disamakan oleh pasukan Negeri Sembilan.
Selepas tamat permainan, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam masa tambahan tetapi masih buntu untuk mencari gol kemenangan. Akhirnya terpaksalah kedua-dua pasukan ditentukan kemenangan mereka dengan sepakan penalti. Namun itulah hakikatnya bak kata pepatah "Hero Kalah Dulu", dan akhirnya pasukan Negeri Sembilan berjaya memenangi perlawanan dengan agregat 5-4. Tahniah "Hobin Jang Hobin" daripada seluruh warga Warigh Menuang Karim.

Friday, April 9, 2010

Al-Fatihah.

Al-Fatihah buat Almarhumah Cik Alang Sofea yang telah kembali ke rahmatullah pada 09/04/2010 Hari Jumaat, jam 9.00 pagi di rumah anaknya Mohd Zain, Seremban Negeri Sembilan. Jenazah Almarhumah Cik Alang Sofea telah dikebumikan selepas Solat Jumaat. Cik Alang Sofea adalah di antara warga emas yang masih ada lahir daripada zuriat Noresah dan Deli.
Pihak Warigh Menuang Karim mengucapkan takziah kepada anak-anak serta keluarga beliau, semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Cik Alang Sofea dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Almarhumah Cik Alang Sofea setelah selesai kita membaca entri daripada blog ini. Al-Fatihah.

Tuesday, February 23, 2010

Makluman Untuk Semua.

Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Penulis menerima sms daripada Saudara Kol. Mohd Yasin yang memaklumkan bahawa Puan Norsham Bt Dato' Sulaiman, anak kepada Datin Noresah (Induk) sekarang dalam keadaan koma sejak 17/02/2010 di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh akibat penyakit demam denggi berdarah.Penulis juga dimaklumkan melalui panggilan talipon oleh Puan Maznah tentang berita ini dan mengajak untuk sama-sama menziarahi Puan Norsham.
Bagi sesiapa yang berkelapangan, luangkanlah masa untuk menziarahi Puan Norsham dan sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar Puan Norsham cepat sembuh dari penyakit yang dihidapinya.

Sunday, January 17, 2010

Hebahan.

MESYUARAT PERHIMPUNAN WARIGH MENUANG 2010.

TARIKH: 24/01/2010. (AHAD)

MASA: 10.00 AM.

LOKASI: MASJID PAROI JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

DIJEMPUT AJK YANG TERLIBAT HADIR.