Saturday, July 24, 2010

Lokasi Perhimpunan KeDua Warigh Menuang.

Yayasan Anak-Anak Yatim, Jempol Bakti, Batu Kikir, N.Sembilan.
Pasarana Di Yayasan Anak Yatim.
Dewan Yayasan Anak-Anak Yatim.
Ruang Letak Kereta.
Kantin Yayasan Anak-Anak Yatim.

Dalam mesyuarat pertama Perhimpunan Ke-2 Warigh Menuang, Ahli-Ahli Jawatankuasa telah mencadangkan beberapa lokasi untuk mengadakan Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang. Di antara lokasi yang dikenal pasti ialah di Tepian Gelanggang, Paroi, Seremban, Pusat Dakwah, Paroi, Seremban, Sekolah Sri Seremban, Seremban dan Yayasan Anak-Anak yatim Jempol Bakti, Batu Kikir. Setelah mengambil kira tentang pasarana, kekosongan, kos dan sebagainya, maka Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih Yayasan Anak-Anak Yatim Jempol Bakti, Batu Kikir dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai untuk diadakan Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim.
Adalah dimaklumkan bahawa kos untuk menyewa Dewan Serbaguna di Yayasan ini ialah RM400.00. Kemudahan seperti surau, tandas, kantin, parkir kereta disediakan dengan percuma. Manakala Yayasan ini juga menyediakan asrama untuk mereka yang ingin bermalam dengan kos yang amat berpatutan. Kos bagi menyewa asrama yang mempunyai 7 katil ialah RM100.00, 10 katil RM130.00 dan 16 katil berharga RM200.00. Maklumat ini didapati daripada Saudara Zarul Adam Bin Kamil yang begitu komited untuk merealisasikan perhimpunan ke-2 Warigh Menuang Karim.
Pihak AJK juga telah bersetuju untuk menyerahkan tugas katerer kepada Puan Azura Bt. Hj Kamaruddin memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang baik untuk mengendalikan sajian makanan dalam beberapa majlis keramaian.
Beberapa cadangan untuk mendapatkan dana bagi mengadakan perhimpunan ini berjalan dengan lebih teratur dan baik. Datin Hajjah Noresan ataupun lebih dikenali dengan nama Cikgu Induk mencadangkan agar setiap warigh yang berumur 12 tahun ke atas dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 seorang bagi menampung kos-kos yang telah diperkatakan seperti sewa dewan, makanan dan minuman, PA System, khemah dan sebagainya. Ketua-ketua warigh dari perut masing-masing telah dilantik untuk mengutip dana-dana tersebut bagi melicinkan lagi persediaan yang telah dirancang.
Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang juga akan mengadakan acara khas seperti membaca selawat dan bertahlil bagi melengkapkan lagi aturcara majlis tersebut. Beberapa program yang lain juga sedang diatur agar perhimpunan kali ini lebih meninggalkan kesan yang begitu baik terutamanya untuk golongan remaja. Penglibatan Saudari Norhaslinda Bt Hashim juga dilihat begitu bermakna apabila beliau menyuarakan beberapa cadangan yang begitu bernas agar golongan muda lebih mendekati dan mengenali golongan lama dalam majlis yang akan diadakan. Begitu juga dengan kehadiran Dato' Mohd Awal Bin Dato' Hj. Nordin (Dato' Menteri Hakim) yang begitu komited untuk menjadikan perhimpunan kali ini lebih bermakna.
Ahli-Ahli Jawatankuasa yang lain juga telah menunjukkan betapa mereka begitu komited dengan memberikan input-input yang begitu baik sekali bagi merealisasikan perhimpunan kali ini. Sama-samalah kita berdoa agar perjalanan yang kita cadangkan ini dipermudahkan oleh Allah swt kerana apa yang ingin kita lakukan ini adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. agar kita tidak bercerai berai dan senantiasa mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Selamat Berjaya Warigh Menuang.

No comments: