Thursday, June 18, 2009

Yang Sakit Kita Ziarahi.

Dato' Thairoby bersama Haji Yusof.
Barulah terkenang nak mencari,
Siapa Moyangnyo....?
Apo Warighnyo........?
Kok dah meninggal, di mano kuburnyo......?
Kok masih ado (hidup) di mano tinggalnyo......?
Siapo-siapo anaknyo......?
Bagaimano memanggilnyo......?
Kok masih bekojo,di mano pejabatnyo.....?
Kok dah pencen, di mano menotapnyo.....?
Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnyo.
Kok dah tuo,............dihormati,
Kok mudo,.........samo-samo menyayanginyo,
Kok masih budak-budak,kanak-kanak.......bolikanlah permainannyo.

Inilah petikan ucapan dari Pengerusi Warigh Menuang iaitu "Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnya". Penulis mendapat berita bahawa Dato' Thairoby, iaitu suami kepada Datin Zainun Bte Dato' Hj. Nordin telah jatuh sakit sejak 3 minggu yang lalu. Beliau dikhabarkan menetap di Banting, Selangor. Khabar berita ini disampaikan oleh Haji Hisham setelah beliau dimaklumkan oleh Puan Maznah yang telah pergi menziarahi Dato' Thairoby. Insya'allah, penulis dan warigh-warigh yang lain akan menyusul untuk menziarahi Dato' Thairoby dan sama-samalah kita berdoa agar penyakit yang dialami oleh beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa.

Wednesday, June 17, 2009

Renungan Untuk Anak-Anak Warigh Menuang.



Klip video ini, penulis paparkan adalah sebagai peringatan kepada anak-anak Warigh Menuang. Doa yang dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Yazid Jaafar ini seringkali membuatkan kita berfikir sejenak tentang betapa kerdilnya kita di sisi Allah swt. Peringatan di dalam doa ini juga adalah untuk tuan Blog sekeluarga juga dan diharap ia dapat dikongsi bersama dengan warigh-warigh yang lain. Penulis mengambil kesempatan merakam bacaan doa ini sewaktu menghadiri kuliah Maghrib di masjid berdekatan dengan rumah penulis.

Aktiviti Salah Seorang Warigh Kito.

Haji Hisham Bin Zainal (berbaju kelabu)



Assalamualaikum Warigh Hanif,
Alhamdulillah sudah selamat Pengislaman Saudara baru kita yang bernama Kalvin Tang Chee Wei IC 620606 01 6005 tepat pada pukul 12 tghari hari ini diadakan di-Pertubuhan Al Khadeem,Kayu Ara, Petaling Jaya. Pegawai Dakwah-Tuan Hj Mohd Zainuddin bin Abdullah dari Perkim Bahagian Negeri Selangor ada bersama untuk mendaftarkan beliau dan urusan perasmian tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hussain Yee dari Pertubuhan Al Khaadem didepan khalayak ramai berjumlah 30 orang.Ustaz Hussain Yee sudah memeluk Agama Islam selama 40 tahun dan banyak memberi ceramah Islam kepada orang2 Islam dalam bahasa Inggeris.
Saya bersyukur kepada Allah kerana telah dipanggil oleh pihak Saudara Baru kita -nama barunya Muhd Haikal Tang bin Abdullah untuk menjadi satu dari 2 orang saksinya.Beliau adalah seorang peniaga restoran Fishball di- Damansara Utama..
Saya sangat terharu atas menghadiri majlis tersebut dan juga dapat memperkasakan syiar Islam dengan cara begini. Diharap kita sama2 boleh mengislamkan ramai2 lagi dimasa hadapan Wassalam..

Penulis merasa terharu apabila mendapat email daripada salah seorang warigh kita yang terlibat dalam kerja dakwah sebagai saksi bagi mengislamkan mereka yang baru mendapat hidayah dari Allah swt. Beliau ialah Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal (anak Pak Udo Taho) yang memenafaatkan masa lapangnya sebagai pesara untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terpuji sebegini. Sesungguhnya sisa-sisa hidup yang diberikan oleh Allah swt kepada kita sebaiknya dimanafaatkan dengan kerja-kerja dakwah sebegini kerana perhitungan amal kita akan diambil kira apabila kita hadir di hadapan Allah swt untuk perbicaraan nanti. Penulis juga merasa begitu bersyukur kerana saudara baru tersebut akhirnya dibukakan pintu hati oleh Allah swt untuk menerima Islam dalam usia 47 tahun. Semoga Allah jualah yang akan membalas segala amal baik yang kita kerjakan di dunia ini.

Sunday, June 7, 2009

Sekitar Perkahwinan Awanis dan Wan Ahmad Zuwairi.

Kedua Pengantin Masuk Ke Dewan.
Antara Warigh-Warigh Yang Datang.





Pada 07hb Jun. 2009 telah berlangsungnya keraian pengantin iaitu Awanis Bte Mohd Sharif dan Wan Ahmad Zuwairi di Dewan Serbaguna Ampangjaya. Majlis yang sederhana ini tetap meriah kerana para warigh-warigh dapat bertemu sambil beramah mesra. Penulis sempat menghadiri majlis tersebut bersama keluarga walaupun masih ada lagi 4 jemputan kahwin pada hari yang sama untuk dipenuhi.Walau apapun sama-samalah kita doakan agar kedua mempelai mendapat keberkatan dari Allah swt.

Friday, June 5, 2009

Panglima Setia Mahkota Untuk Warigh Kito.

Tan Sri Mohd Sharom Bin Dato' Haji Nordin.

Hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin telah melakar satu sejarah untuk salah seorang Warigh Menuang.Dato' Wira Mohd Sharom Bin Dato' Haji Nordin telah dianugerahkan bersama-sama 41 penerima anugerah yang lain menerima penganugerahan tertinggi iaitu Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.
Bagi pihak Warigh Menuang keseluruhannya, sekalung tahniah diucapkan kepada Tan Sri Mohd Sharom dengan penganugerahan tersebut.Penulis juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang ulama iaitu Dato' Harussani Bin Zakaria kerana beliau juga menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

p/s: Bilo agak eh penulis nak dapek anugerah pulak..........

Thursday, June 4, 2009

Batu Kikir Ada Sejarah.



Koleksi Pakaian Za'aba.
Mesin taip yang digunakan oleh Za'aba.

Antara barang-barang koleksi Za'aba.
Gambar Pendita Za'aba.
Perginya seorang Pendita ke hadrat Illahi.

Batu Kikir adalah tempat di mana ramainya Warigh-Warigh Menuang berkampung.Walaupun Pendita Za'aba bukan dari kalangan warigh Menuang, namun ramai di kalangan warigh Menuang yang seangkatan dengan beliau mengenali Za'aba dengan lebih dekat.Kalau dulu, apabila disebut Batu Kikir, maka tanggapan orangramai hanyalah kepada keunikan jambatan bosi.Kini jambatan bosi telah ditukar kepada jambatan batu, maka dengan itu pengenalan kepada Batu Kikir Jambatan Bosi akan mula dilupakan.
Batu Kikir kini boleh berbangga dengan adanya Teratak Za'aba yang mana telah mengumpulkan kesan sejarah perjuangan Za'aba dalam dunia kesusasteraan dan penulisan.Kelahiran Za'aba di Batu Kikir telah mencatatkan satu lagenda tokoh bahasa yang dipandang tinggi oleh seluruh rakyat di negara ini.Warigh Menuang juga turut menumpang bangga dengan kelahiran seorang tokoh yang disanjung tinggi oleh seluruh warga Malaysia.
Bagi warigh-warigh Menuang yang bukan tinggal di Batu Kikir bolehlah berkunjung ke Teratak Za'aba sambil membaca tulisan-tulisan tokoh yang ternama ini.


Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pulang Tuan Imam.

Berkunjung ke Tanah Suci Mekah memang menjadi impian dan cita-cita setiap umat Muhammad s.a.w.Kalau musim haji maka berbondong-bondonglah umat Islam menyahut seruan Illahi untuk menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan.Ada juga yang mengunjungi Baitullah di luar musim haji untuk melakukan umrah.Warigh-Warigh Menuang juga tidak ketinggalan untuk mengerjakan umrah apabila dianugerahkan rezeki oleh Allah swt.Ini termasuklah Imam Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abd. Majid yang pergi menunaikan umrah bersama keluarganya.Penulis sempat bertanya kepada Bilal Aman (Bilal Masjid Batu Kikir) sewaktu menghadiri solat Subuh tentang Imam Warigh Menuang baru-baru ini.Adalah difahamkan bahawa beliau dan kelurganya akan kembali ke tanahair pada 03/06/09.Alhamdulillah, sama-samalah kita doakan beliau dan keluarga kembali dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera untuk terus bertugas sebagai Imam di Masjid Batu Kikir.
Rumah Imam Haji Ahmad Bin Haji Abd. Majid.