Thursday, June 18, 2009

Yang Sakit Kita Ziarahi.

Dato' Thairoby bersama Haji Yusof.
Barulah terkenang nak mencari,
Siapa Moyangnyo....?
Apo Warighnyo........?
Kok dah meninggal, di mano kuburnyo......?
Kok masih ado (hidup) di mano tinggalnyo......?
Siapo-siapo anaknyo......?
Bagaimano memanggilnyo......?
Kok masih bekojo,di mano pejabatnyo.....?
Kok dah pencen, di mano menotapnyo.....?
Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnyo.
Kok dah tuo,............dihormati,
Kok mudo,.........samo-samo menyayanginyo,
Kok masih budak-budak,kanak-kanak.......bolikanlah permainannyo.

Inilah petikan ucapan dari Pengerusi Warigh Menuang iaitu "Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnya". Penulis mendapat berita bahawa Dato' Thairoby, iaitu suami kepada Datin Zainun Bte Dato' Hj. Nordin telah jatuh sakit sejak 3 minggu yang lalu. Beliau dikhabarkan menetap di Banting, Selangor. Khabar berita ini disampaikan oleh Haji Hisham setelah beliau dimaklumkan oleh Puan Maznah yang telah pergi menziarahi Dato' Thairoby. Insya'allah, penulis dan warigh-warigh yang lain akan menyusul untuk menziarahi Dato' Thairoby dan sama-samalah kita berdoa agar penyakit yang dialami oleh beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa.

1 comment:

Fooart said...

"Penulis mendapat berita bahawa Dato' Thairoby, iaitu isteri kepada Datin Zainun Bte Dato' Hj. Nordin telah jatuh sakit sejak 3 minggu yang lalu."

Salam Tuan Blog, tahniah kerana selalu memaparkan perkara-perkara terkini tentang warigh Menuang. Cuma sila buat pembetulan di ayat tersebut.... "Dato' Thairoby, ia itu isteri kepada" sepatutnya "SUAMI KEPADA".
Thanks, wpun saya sebagai warigh sibuk tetapi tidak pernah lepas dari mengikuti blog ini. Wasallam