Wednesday, June 24, 2009

Pertanyaan Makna "Waris Menuang".

Blogger Hanez Abd Majid said...

Salam,

Tumpang tanya. Apa maknanya "waris menuang". Pertama kali saya dengar istilah ni adalah selepas Yamyuan Tuanku Jaafar mangkat tempoh hari. Saya bayangkan maksudnya adalah upacara pengkebumian. Tolong terangkan

June 22, 2009 7:07 PM



Ini adalah komentar dari Saudari Hanez Abd. Majid yang berprofil undang-undang di Seremban.Penulis tidak tahu samada Saudari Hanez adalah salah seorang daripada warigh Menuang atau tidak.Walau apapun pertanyaan beliau tentang makna "waris menuang" perlu dijawab agar tidak timbul kekeliruan.
Makna "waris" rasanya tidak perlu diperjelaskan kerana secara umumnya sesiapa yang ada hubungkait tali persaudaraan dengan seseorang akan disebut sebagai "waris". Contohnya, apabila sibapa meninggal dunia, maka segala urusan pengkebumian akan diuruskan oleh waris-warisnya yang bermaksud isterinya, anak-anaknya serta saudara maranya yang ada pertalian keluarga dengan simati.Manakala perkataan "Menuang" itu adalah nama moyang kami, yang nama penuhnya ialah Menuang Karim.Ada juga yang mengatakan nama "Menuang" yang diletakkan di pangkal nama Karim itu merupakan satu gelaran. Oleh itu anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut dan sebagainya yang dilahirkan berpunca dari keturunan Menuang Karim akan disebut sebagai "Waris Menuang". Kalau disebut dalam bahasa percakapan orang-orang Negeri Sembilan, maka ia akan dieja sebagai "Warigh Menuang".
Diharap Saudari Hanez Abd. Majid akan faham kenapa disebut sebagai "Waris Menuang" atau Warigh Menuang". Secara kebetulan di mana perhimpunan keluarga "Warigh Menuang" diadakan di Seremban pada 28/12/2008 ialah berlakunya kemangkatan Tuanku Ja'afar pada 27/12/2008. Oleh itu ia bukanlah bermaksud upacara pengkebumian seperti apa yang Saudari Hanez bayangkan.

1 comment:

Che Jam said...

Salam,

Terima kasih di atas jawapan.

Saya bukan warigh Menuang Karim. Saya terserempak dengann blog tuan ini dengan tidak sengaja.

Tolong keluarkan gambar saya daripada posting tuan ini.

Terima kasih.