Wednesday, June 17, 2009

Aktiviti Salah Seorang Warigh Kito.

Haji Hisham Bin Zainal (berbaju kelabu)



Assalamualaikum Warigh Hanif,
Alhamdulillah sudah selamat Pengislaman Saudara baru kita yang bernama Kalvin Tang Chee Wei IC 620606 01 6005 tepat pada pukul 12 tghari hari ini diadakan di-Pertubuhan Al Khadeem,Kayu Ara, Petaling Jaya. Pegawai Dakwah-Tuan Hj Mohd Zainuddin bin Abdullah dari Perkim Bahagian Negeri Selangor ada bersama untuk mendaftarkan beliau dan urusan perasmian tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hussain Yee dari Pertubuhan Al Khaadem didepan khalayak ramai berjumlah 30 orang.Ustaz Hussain Yee sudah memeluk Agama Islam selama 40 tahun dan banyak memberi ceramah Islam kepada orang2 Islam dalam bahasa Inggeris.
Saya bersyukur kepada Allah kerana telah dipanggil oleh pihak Saudara Baru kita -nama barunya Muhd Haikal Tang bin Abdullah untuk menjadi satu dari 2 orang saksinya.Beliau adalah seorang peniaga restoran Fishball di- Damansara Utama..
Saya sangat terharu atas menghadiri majlis tersebut dan juga dapat memperkasakan syiar Islam dengan cara begini. Diharap kita sama2 boleh mengislamkan ramai2 lagi dimasa hadapan Wassalam..

Penulis merasa terharu apabila mendapat email daripada salah seorang warigh kita yang terlibat dalam kerja dakwah sebagai saksi bagi mengislamkan mereka yang baru mendapat hidayah dari Allah swt. Beliau ialah Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal (anak Pak Udo Taho) yang memenafaatkan masa lapangnya sebagai pesara untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terpuji sebegini. Sesungguhnya sisa-sisa hidup yang diberikan oleh Allah swt kepada kita sebaiknya dimanafaatkan dengan kerja-kerja dakwah sebegini kerana perhitungan amal kita akan diambil kira apabila kita hadir di hadapan Allah swt untuk perbicaraan nanti. Penulis juga merasa begitu bersyukur kerana saudara baru tersebut akhirnya dibukakan pintu hati oleh Allah swt untuk menerima Islam dalam usia 47 tahun. Semoga Allah jualah yang akan membalas segala amal baik yang kita kerjakan di dunia ini.

No comments: