Friday, January 30, 2009

Dato' Haji Zainal Bin Deli.(Pak Udo Taho)


Dato' Haji Zainal Bin Deli bersama Datin' Hajjah Che Mah Bte. Hj. Bador.

Dato' Haji Zainal Bin Deli dikenali oleh beberapa warigh Menuang Karim dengan panggilan Pak Udo.Beliau adalah salah seorang warigh Menuang yang telah banyak menyumbangkan jasanya kepada negara.Dato' Haji Zainal dilahirkan pada 14/01/1926 di Kampung Rembang Panas, Juaseh,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Ayahnya bernama Deli Bin Kechik iaitu Dato' Siamang dan merupakan Ketua Suku Batu Hampar.Ibunya bernama Norraesah Bte. Menuang atau lebih mesra dengan panggilan Echoh (Wan Echoh).Dato' Haji Zainal dipertemukan jodohnya dengan Datin Hajjah Che Mah setelah berkahwin pada 17/01/1948 di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.Hasil perkongsian hidup di antara mereka, telah dikurniakan 6 orang anak.


Menerima Kurnia Dari Sultan.

Segak Bergaya Menabur Jasa.

Pendidikan Beliau:

* Bersekolah di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah - 1936-1940 dan 1947-1949.
* Tingkatan Tertinggi semasa meninggalkan sekolah -Darjah 9 (School Certificate).
* Pengawas sekolah pada tahun 1949.
* Pelajar Terkanan sekali di Asrama Tuanku Muhammad School (membantu Hostel Master).

Pencapaian Akedemik / Profesional Tertinggi.

* Senior Cambridge School Certificate - 1949.
* Kelulusan Dari British Police College - 1970.



Rekod Perkhidmatan Sebagai Pegawai Polis.

* 01/06/1950 - Menyertai perkhidmatan polis sebagai Inspector Pelatih.
* 1950-1951 - Police Inspector di Pagoh, Johor.
* 1952-1951 - Polis Tangkak, Johor.
* 1955-1956 - Polis Segamat, Johor.
* 1957 - Polis Tampin, Negeri Sembilan.
* 1958-1959 - Polis Singapura.
* 1960-1961 - Polis Depot, Kuala Lumpur.
* 1962-1963 - Polis Pulau Pinang.
* 1963-1964 - Ketua Cawangan Khas Pahang, Kuala Lipis.
* 1965-1968 - Timbalan Ketua Cawangan Khas Perak,Ipoh.
* 1969-1970 - Ketua Cawangan Khas Sabah,Kota Kinabalu.
* 1971 - Komanden Polis College Kuala Kubu Baru.
* 1972-1973 - Ketua Polis Negeri Sembilan (CPO).
* 1973-1974 - Ketua Polis Perak (CPO).
* 1974-1975 - Timbalan Pesuruhjaya Polis, Sarawak.
* 1976-1978 - Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch),Bukit Aman,K.Lumpur.
* 01/08/1978 - Bersara dari perkhidmatan setelah berkhidmat selama 28 tahun.

Anugerah Yang Diterima:

* DPTJ,JSD,KMN,ADK,PPT,JP,PJK.
* Dari segi Adat dan Suku beliau dianugerahkan " DATO' MENTERI HAKIM"
( Sebelum ini gelaran DATO' MENTERI HAKIM ialah Dato' Ujang Bin Menuang)

Dato' Haji Zainal Bin Deli amat mudah dikenali oleh masyarakat setempat apabila beliau memandu kereta jenis Mercedesnya dengan pendaftaran nombor "999".Beliau juga amat mudah didampingi dan sering berseloroh apabila berbual dengannya.Beliau juga amat meminati sukan golf.

Seluruh warga warigh Menuang tidak akan lupa akan jasa-jasa baiknya kerana beliau amat gemar membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau.Semoga Allah jualah membalas segala jasa dan bakti yang beliau curahkan untuk nusa dan bangsa serta mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau.Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau selepas membaca tulisan tentang Almarhum Dato' Haji Zainal Bin Deli.

Thursday, January 29, 2009

Allah Maha Menyayangi.


Pusara Adik Shamsul Baharin Di Asam Kumbang, Taiping, Perak.

Arwah Adik Shamsul Baharin merupakan salah seorang warigh yang meninggal dunia sewaktu kecil.Beliau adalah dari salasilah keturunan Naemah dan merupakan anak ke 13 Almarhum Haji Mohamad Salleh Bin Jawal.Nama beliau tidak terdapat dalam salasilah keturunan Menuang Karim.Beliau meninggal dunia pada 10/07/1972 pada waktu usia 2 tahun lebih.Selain beliau, kakaknya Fadzillah dan abangnya Mohd Ghali juga tidak tercatat dalam salasilah Menuang Karim.Ketiga-tiganya meninggal dunia sewaktu kecil dan kami dari warigh yang terdekat redha dengan pemergian mereka kerana Allah Maha Menyayangi.

Wednesday, January 28, 2009

Haji Sulaiman Bin Haji Karim.


click letter to enlarged.
Sepucuk surat telah dihantar oleh Siti Zaleha Bte. Haji Sulaiman kepada Almarhum Haji Mohamad Salleh bin Jawal pada 15/04/1961.Suratnya berbunyi:

MAKTAB PEREMPUAN MELAYU
PERTI SURAT 508
KUALA LUMPUR
15.4.61
Telephone: 82347

Dear Uncle,
I have just came back from Kota Bharu and now I take the opportunity of writting to you.Everyone in K.Bharu is well and hope same thing with people over here.I suppose Achi' Isam must be well by now.Asmah is no longer schooling as she failed her qualifying test.Here with I enclose a letter for Iuman and conclusively here's my good wishes and love to all.

affectionately yrs
Zaleha.

Almarhum Haji Sulaiman Bin Haji Karim berasal dari keturunan Siti (Tiaya) dan Haji Karim.Perkahwinan Haji Sulaiman dan Che Mah dikurniakan 4 orang anak.Manakala perkahwinannya bersama Halimah cuma dikurniakan 1 orang anak sahaja.Perkahwinannya yang ketiga bersama Jarah(Azizah) telah dikurniakan 8 orang anak.Salah seorang anaknya bersama Che Mah ialah Siti Zaleha yang paling bongsu dan kini menetap di negara jiran Thailand.
Tidak banyak kisah tentang Haji Sulaiman yang dapat dinukilkan di sini.Cuma sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau meminta anaknya melipat dan menyimpan sejadah yang digunakan olehnya sewaktu solat kerana katanya tidak memerlukannya lagi.Ini diceritakan sendiri oleh anaknya Mohd Ali dan benarlah permintaannya itu kerana beliau seolah-olah tahu akan ajalnya sudah tiba.Beliau meninggal dunia pada tahun 1999.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau.
Kunjungan Siti Zaleha(baju biru) ke rumah Puan Jarah (Azizah).

Monday, January 26, 2009

Indahnya Mengimbau Kenangan.

Kenangan Sebelum Haji Mohamad Salleh Bin Jawal Berpindah Ke Taiping, Perak.(click photo to enlarged)


Fatimah Zahrah Hj. Mohd Salleh.

Fatimah mendukung Mohd Khalid.(1962)

Fatimah Zahrah Dan Farizah.(Naemah Family)


Abdul Razak Dan Mohd Rafiq (Warigh Keturunan Naemah)


Fatimah Bte Hj. Mohd Salleh.(posing at Peugeot Diesel 403)


Fatimah / Haji Mohd Salleh / Mazlan Hj. Adam.

Dari Batu Kikir Berhijrah Ke Taiping, Perak.(1968)

Sunday, January 25, 2009

Orang Penting Dalam Menuang.


Adenan Sulaiman, Singapore Regiment RA, Belakang Mati, Singapore. (15/02/1956)





Perkongsian hidup antara Taisa dan Sulaiman maka lahirlah Adenan.Beliau memang dikenali oleh kebanyakan warigh-warigh Menuang.Kepetahan dan keramahannya mengeluarkan percakapan adakalanya boleh membuat kita terhibur.Adenan Bin Sulaiman pernah menceburi bidang tentera suatu masa dahulu tetapi berhenti dan menumpukan sepenuh masa sebagai agen penjual kereta.Dikalangan beberapa warigh memanggilnya dengan panggilan Pak Long Denan dan beliau juga dianggap sebagai seseorang yang penting bagi menguruskan beberapa hal suatu ketika dahulu.Khabar yang diterima oleh beberapa individu, kini beliau menetap di Kajang bersama salah seorang anaknya.Semasa perhimpunan Warigh Menuang Karim diadakan, tidak nampak kelibat yang menunjukkan beliau hadir.Mungkin ada urusan lain untuk dilaksanakan semasa itu.Seluruh warigh Menuang senantiasa mendoakan kesihatan berpanjangan kepada Pak Long Denan.

Thursday, January 22, 2009

Catatan Dari Meja Setiausaha Warigh Menuang.

Gambar Keluarga Setiausaha Perhimpunan Warigh Menuang dulu-dulu.


Gambar terbaru Setiausaha bersama keluarga.

Bagi mengisi masa lapang selepas bersara, saya terpanggil untuk menyambung salasilah keluarga Menuang Karim yang mula disediakan oleh aruah datuk saudara saya, Allahyarham Haji Mohamad Salleh Bin Jawal pada tahun 1970an.
Hampir 2 tahun berusaha menjejaki, akhirnya hajat menyiapkan salasilah keluarga enam generasi waris Menuang Karim bersama isterinya Sa'aliah selesai.

Menuang Karim berasal dari Kuala Rembang Panas, Kuala Pilah Negeri Sembilan.Pasangan Menuang Karim dan Sa'aliah telah dikurniakan 7 orang anak iaitu Minal,Ahmad,Naemah,Siti (Tiaya),Bador,Noresah (Ecoh) dan Ujang.Walaupun generasi pertama Menuang Karim sudah tidak ada lagi,generasi kedua masih ada seramai 3 orang.Yang tertua sudah mencapai umur 93 tahun.

Perhimpunan jejak kasih Warigh Menuang Karim yang julung-julung kali diadakan telah berjaya dan menjejaki hampir 500 orang.Perhimpunan yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang dan ceria itu telah diadakan pada 28/12/2008 di Sekolah Sri, Jalan Dato' Kelana Ma'mor, Seremban,Negeri Sembilan.Perhimpunan warigh dengan motto "Yang Jauh Kito Dokekkan,Yang Dokek Kito Himpunkan"tetap ada keistimewaannya tersendiri kerana berjaya mengenemukan waris-waris yang belum pernah berjumpa.Ini dapat dilihat dari kesungguhan ahli keluarga untuk berkumpul kerana sesetengah mereka datang dari jauh seperti dari Kelantan,Pulau Pinang,Grik,Perak dan lain-lain lagi.Mereka sanggup datang ke Seremban semata-mata untuk bertemu dan menjayakan majlis perhimpunan yang diatur.
Walaupun pertemuan itu singkat, aktiviti lain seperti cabutan bertuah turut diadakan untuk menggamatkan suasana.Acara kemuncak adalah sesi bergambar beramai-ramai bagi mengabdikan kenangan perhimpunan yang bersejarah itu.
Dalam pertemuan yang singkat itu, matlamat untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, merapatkan hubungan persaudaraan dan mewujudkan keserasian serta kenal mengenali antara ahli keluarga terutama golongan tua dan muda tercapai, sekaligus menjadikan majlis itu cukup bermakna sekali.
Majlis Perhimpunan Warigh Menuang Karim itu turut memperlihatkan satu warisan keluarga Menuang Karin dan Sa'aliah yang sudah memasuki generasi ke-6 dan seramai 1580 anak-cucu keturunannya dikenal pasti.
Dalam usaha mengesan salasilah keturunan keluarga, terdapat beberapa tokoh ternama dan berjasa kepada negara ini dikenal pasti.Di antara tokoh-tokoh yang ternama itu termasuklah Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar Bin Haji Mohd Nor (B), bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Dato' Seri Mohd Shahrom Bin Dato' Haji Nordin(B), bekas Panglima Tentera Darat, Allahyarham Dato' Haji Zainal Bin Deli, bekas Ketua Polis Negeri Sembilan serta 3 orang tokoh agama yang pernah dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Sembilan iaitu Allahyarham Dato' Haji Mustaffa Bin Hj. Ahmad,Tuan Guru Haji Abdul Majid Bin Abdul Karim dan Dato' Haji Mohamed Bin Husein (Pengerusi Warigh Menuang Karim).Selain itu warigh Menuang juga telah melahirkan seorang celebriti terkenal tanahair iaitu Wan Aishah Bte. Wan Ariffin yang pernah popular dengan lagunya "Janji Manis Mu".
Idea untuk menghimpunkan Warigh Menuang Karim ini timbul selepas selesai menyiapkan salasilah keluarga pada akhir bulan Jun 2008.Untuk melaksanakan cita-cita itu, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Dato Haji Mohamed Bin Husein dan terdiri dari 13 orang ahli keluarga dibentuk pada akhir bulan Oktober 2008.Ahli jawatankuasa hanya sempat bermesyuarat sebanyak 4 kali sahaja iaitu setiap 2 minggu sekali bagi merealisasikan perhimpunan ini.Pujian harus diberi kepada Jawatankuasa Pengelola kerana kehebatan mereka yang telah bekerja keras dan komited untuk merealisasikan perhimpunan yang julung-julung kali diadakan dengan penuh gilang-gemilang.

Catatan Dari : Puan Hajjah Maznah Bte. Husein. (Setiausaha Penyambung Warisan Salasilah Warigh Menuang Karim).

Pengerusi Menuang Yang Komited.



Dato' Haji Mohamed Bin Husein.(DSNS,ANS,PMC,PJK)


Dari generasi kedua iaitu Naemah dan Kasan maka lahirlah Jailah(Wok) yang bertemu jodohnya dengan Othman. Salah seorang zuriat yang dilahirkan antara Jailah(Wok) dan Othman, lahir pula Aminah yang bertemu jodohnya dengan Husein.Pasangan antara Aminah dan Husein telah melahirkan anak lelaki yang dinamakan Mohamed.Kecenderungan Mohamed dalam menuntut ilmu hingga ke seberang laut telah memberi satu dorongan kepada warigh-warigh yang lain untuk berjaya.

Pendidikan awal.

Dato' Mohamed Bin Husein memulakan pendidikan awal di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.Beliau juga mendapat pendidikannya di Al-Ehya' Al-Shariff, Gunung Semanggol, Perak.

Pendidikan Menengah.

1961-1964 - Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan.

Pengajian Tinggi.

1965-1968 - Kolej Islam Kelang.
1969-1973 - Universiti Al-Azhar, Cairo.
1987 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
1989 - Muslim College, London, United Kingdom.

Kerjaya Dato' Mohamed Bin Husein.

1973-1976 - Guru Bahasa Arab di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Bukit Merbah, Seremban.
1977-1979 - Guru di Maktab Rendah Sains MARA.
1980-1989- Dilantik sebagai Setiausaha di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan.
1983 (Jun) - 1/9/1999 - Penolong Pendaftar Kanan.(dipinjamkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada University Islam Malaysia.
1/4/1984-Oktober 1999 - Dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan dilantik sebagai Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Sebagai Pengarah JHEAINS, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha MAINS, Setiausaha Jawatankuasa Syariah Negeri Sembilan dan Panel Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan.Dato' Haji Mohamed Bin Husein juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Sembilan.

Penglibatan Sebagai Ahli Jawatankuasa / Ahli Lembaga Pengarah.

1990-1992 - Pengarah Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd.
1993-1999- Pengarah Ladang Bangkahulu Sdn. Bhd.
1997-1999- Pusat Zakat Negeri Sembilan.
1991-1997- Kolej Negeri.
1997 - Nesland Berhad.
1997-1999- MAINS Holdings.

Seluruh warga warigh Menuang Karim merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih kerana di dalam kesibukan Dato' Mohamed dengan tugas-tugasnya yang lain, beliau masih berkesempatan untuk sama-sama berjuang menghidupkan perhimpunan keluarga Menuang Karim dengan begitu bersungguh-sungguh.Tahniah Dato', hanya Allah swt sahajalah yang dapat membalas segala keikhlasan Dato' demi memperpadukan hubungan kekeluargaan Menuang.