Friday, January 30, 2009

Dato' Haji Zainal Bin Deli.(Pak Udo Taho)


Dato' Haji Zainal Bin Deli bersama Datin' Hajjah Che Mah Bte. Hj. Bador.

Dato' Haji Zainal Bin Deli dikenali oleh beberapa warigh Menuang Karim dengan panggilan Pak Udo.Beliau adalah salah seorang warigh Menuang yang telah banyak menyumbangkan jasanya kepada negara.Dato' Haji Zainal dilahirkan pada 14/01/1926 di Kampung Rembang Panas, Juaseh,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Ayahnya bernama Deli Bin Kechik iaitu Dato' Siamang dan merupakan Ketua Suku Batu Hampar.Ibunya bernama Norraesah Bte. Menuang atau lebih mesra dengan panggilan Echoh (Wan Echoh).Dato' Haji Zainal dipertemukan jodohnya dengan Datin Hajjah Che Mah setelah berkahwin pada 17/01/1948 di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.Hasil perkongsian hidup di antara mereka, telah dikurniakan 6 orang anak.


Menerima Kurnia Dari Sultan.

Segak Bergaya Menabur Jasa.

Pendidikan Beliau:

* Bersekolah di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah - 1936-1940 dan 1947-1949.
* Tingkatan Tertinggi semasa meninggalkan sekolah -Darjah 9 (School Certificate).
* Pengawas sekolah pada tahun 1949.
* Pelajar Terkanan sekali di Asrama Tuanku Muhammad School (membantu Hostel Master).

Pencapaian Akedemik / Profesional Tertinggi.

* Senior Cambridge School Certificate - 1949.
* Kelulusan Dari British Police College - 1970.



Rekod Perkhidmatan Sebagai Pegawai Polis.

* 01/06/1950 - Menyertai perkhidmatan polis sebagai Inspector Pelatih.
* 1950-1951 - Police Inspector di Pagoh, Johor.
* 1952-1951 - Polis Tangkak, Johor.
* 1955-1956 - Polis Segamat, Johor.
* 1957 - Polis Tampin, Negeri Sembilan.
* 1958-1959 - Polis Singapura.
* 1960-1961 - Polis Depot, Kuala Lumpur.
* 1962-1963 - Polis Pulau Pinang.
* 1963-1964 - Ketua Cawangan Khas Pahang, Kuala Lipis.
* 1965-1968 - Timbalan Ketua Cawangan Khas Perak,Ipoh.
* 1969-1970 - Ketua Cawangan Khas Sabah,Kota Kinabalu.
* 1971 - Komanden Polis College Kuala Kubu Baru.
* 1972-1973 - Ketua Polis Negeri Sembilan (CPO).
* 1973-1974 - Ketua Polis Perak (CPO).
* 1974-1975 - Timbalan Pesuruhjaya Polis, Sarawak.
* 1976-1978 - Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch),Bukit Aman,K.Lumpur.
* 01/08/1978 - Bersara dari perkhidmatan setelah berkhidmat selama 28 tahun.

Anugerah Yang Diterima:

* DPTJ,JSD,KMN,ADK,PPT,JP,PJK.
* Dari segi Adat dan Suku beliau dianugerahkan " DATO' MENTERI HAKIM"
( Sebelum ini gelaran DATO' MENTERI HAKIM ialah Dato' Ujang Bin Menuang)

Dato' Haji Zainal Bin Deli amat mudah dikenali oleh masyarakat setempat apabila beliau memandu kereta jenis Mercedesnya dengan pendaftaran nombor "999".Beliau juga amat mudah didampingi dan sering berseloroh apabila berbual dengannya.Beliau juga amat meminati sukan golf.

Seluruh warga warigh Menuang tidak akan lupa akan jasa-jasa baiknya kerana beliau amat gemar membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau.Semoga Allah jualah membalas segala jasa dan bakti yang beliau curahkan untuk nusa dan bangsa serta mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau.Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau selepas membaca tulisan tentang Almarhum Dato' Haji Zainal Bin Deli.

No comments: