Monday, January 5, 2009

Warigh-Warigh Yang Ternama.

Jeneral Dato' Wira Mohd Shahrom Bin Dato' Haji Nordin (PSAT,DGMK,PGDK,DPMK,PAT,JMN,BCK,PCM,Yudha Dharma Pratama(Indo),Al Kaukab Al Jordiny(Jordan),ndc,mpat,psc) merupakan salah seorang warigh Menuang yang menyandang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat Ke 19 (1 Jan. 2003-9 Sept.2003).
Beliau merupakan warigh dari perut Noresah dan Deli yang melahirkan Omok Miah yang berkahwin dengan Ibrahim.Hasil perkahwinan Omok Miah dan Ibrahim telah lahirlah Syarifah yang berkahwin dengan Nordin.Kemudian perkahwinan Syarifah dan Nordin telah dianugerahkan Mohd Shahrom yang menjadi Panglima Angkatan Tentera ke 19. Beliau mulanya dipilih menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet di Kolej DiRaja Askar, Sungai Besi pada tahun1966.Kemudian diserapkan sebagai "Second Lieutenant" di dalam Regimen Askar Melayu DiRaja pada tahun 1968 dan ditugaskan sebagai Komander Platun dengan Batalion ke 2 Askar Melayu DiRaja Malaysia.
Beliau banyak berkhidmat dalam berbagai jawatan dan akhirnya telah dipilih sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia yang ke 19 bermula dari 1 January 2003 hingga 15 September 2003.
Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi SME Aerospace Sdn. Bhd (SMEA) dan menjadi Pengarah SME Ordnance Sdn. Bhd (SMEO).Beliau juga menjadi Independent Non Executive of TRC Synergy Bhd dari 25 March 2004 hingga 25 September 2007.Beliau adalah salah seorang yang mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga menjadi pegawai dalam angkatan tentera Malaysia.


Wan Aishah Bte. Wan Ariffin salah seorang warigh yang menceburi bidang seni suara.Beliau merupakah warigh dari perut Ujang dan Amah yang telah melahirkan Kamariah yang berkahwin dengan Wan Ariffin.Wan Aishah atau lebih mesra dengan panggilan Aishah lahir pada 01/01/1965 dan merupakan anak bongsu dari 4 orang adik-beradik.

Kerjaya Seni.

Aishah memulakan kerjaya seninya pada tahun 1983, apabila beliau menyertai pertandingan talentime di Kuala Lumpur.Penyertaannya itu telah membuatkan syarikat rakaman Life Records mempelawanya merakamkan album bersama Malek Ridzuan dan muncul dengan dua lagu dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek.Lagunya yang popular ketika itu ialah "Mawar Putih Mawar Merah"
Walaubagaimana pun Aishah ketika itu menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut penglibatannya dalam bidang seni diketahui oleh ayahnya.Ayahnya Wan Ariffin seorang yang amat menitik-beratkan soal pendidikan anak-anak.Apabila rahsianya terbongkar maka nama Aishah terus tenggelam dalam senarai artis tanahair apatah lagi Aishah terpaksa terbang ke New Zealand bagi menyambung pengajiannya dalam jurusan Sains Politik di University Auckland.
Di New Zealand, Aishah berusaha untuk cita-citanya kerana minatnya dalam bidang seni terlalu menebal.Aishah mencari peluang pada tahun 1986 dengan menyertai pertandingan talentime atau dikenali sebagai "Telequest" dan mendapat tempat ke tiga.Ini boleh dibanggakan kerana Aishah merupakan peserta anak Melayu ketika itu.Selepas pertandingan Aishah membuat pita demo sendiri dan membawanya ke sana dan ke mari mencuba nasibnya.
Usahanya tidak sia-sia kerana Aishah dilamar oleh kumpulan "Soul Of Ice" sebagai ganti kepada bekas vokalis mereka.Aishah juga dipelawa oleh kumpulan terkenal iaitu "Peking Man" tetapi beliau menolaknya kerana bekas vokalis "The Peking Man" iaitu Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat.Sedangkan Aishah ingin membina identitinya sendiri dan tidak mahu dibayangi oleh populariti Margaret.Kumpulan "Soul Of Ice" yang dianggotai oleh Aishah menukar namanya kepada "The Fan Club" apabila menyertai CBS New Zealand.Bersama The Fan Club, Aishah sempat merakamkan dua buah album - Sensation dan Respect The Beat.
Pada tahun 1998, industri muzik sejagat telah digegarkan dengan kejayaan anak Melayu kelahiran Menuang ini mencipta nama bersama The Fan Club.Aishah and The Fan Club bukan sahaja popular di New Zealand malah dikenali di Australia dan berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Album Solo.

Populariti Aishah telah dihidu oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan, maka lahirlah album sulungnya yang pertama pada tahun 1990 bertajuk "Aishah".Aishah membuktikan kehebatan dan kemerduan suaranya apabila mendendangkan lagu Melayu asli bertajuk "Bahtera Merdeka" dan "Syurga Di Telapak Kaki Ibu".Akhirnya lagu "Janji Manis Mu" telah melonjakkan nama Aishah apabila dianugerahkan sebagai juara dalam pertandingan Juara Lagu 1990 anjuran TV3.Kemunculan Aishah telah menggugat beberapa artis terkenal tanahair kerana Aishah dikatakan mempunyai mutu suara yang baik dan merdu.Maka tidak hairanlah apabila penyanyi terkenal Syarifah Aini memuji kehebatan suara yang dimiliki oleh Aishah.
Aishah terus mencipta nama apabila meraih kejayaan sebagai Artis Paling Popular dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Salem,Berita Harian dan RTM.Aishah juga memenangi anugerah Penghibur TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa anjuran RTM.
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Aishah maka muncullah albumnya yang kedua pada tahun 1991 yang meletup dengan lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga".Aishah juga pernah belakon dalam filem Syakilla dan itulah satu-satunya filem lakonannya.Pada tahun 1992 albumnya yang ketiga iaitu Asia Sedunia telah melonjakkan namanya dalam lagu Selanjur Bercinta.Pada tahun itu jugalah Aishah and The Fan Club telah dibubarkan kerana dipercayai ada beberapa masalah dalaman.
Pada tahun 1995, Aishah sekali lagi menggegarkan industri muzik tanahair apabila lagunya Cinta Beralih Arah dalam album Wajah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Juara Lagu 1995 anjuran TV3.Aishah membuktikan kehebatan vokalnya sehingga dipilih sebagai juara Persembahan Terbaik melalui lagu itu.Pada tahun itu juga Aishah menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.
Kejayaan yang dikecapi oleh Aishah menjadi perbualan seluruh warigh Menuang dan mereka semua berkongsi bangga dengan kejayaan Aishah.Antara album yang dilahirkan oleh Aishah ialah:
*Aishah-1990 (Jualan mencapai 250,000 unit.)
*Aishah11-1991
*Aishah 111-1992 (Asia Sedunia)
*Klasik-1994
*Wajah-1995
*Merenung Bulan-1996
*Memori Klasik-1996.
*Tiada Duka Untuk Apa-1996.
*Tiada Akhirnya-1998
*Pulanglah Perantau-2000
*No 1 Pop & Klasik-2003
*Keunggulan-2006
*Kurnia-2006

Bersama The Fan Club

*Sensation-1988
*Respect The Beat-1989.

Antara lagu-lagunya yang popular ialah:

*Janji Manis Mu.
*Camar yang Pulang.
*Melukut Di Tepi Gantang (lagu tema drama Seputih Qaseh Ramadhan TV3)
*Kemaafan Dendam yang Terindah.
*Selanjur Bercinta.
*Seloka Rindu.
*Bayangan.
*Merenung Bulan.
*Cinta Beralih Arah.
*Doa.
*Syurga Di Telapak Kaki Ibu.
*Bahtera Merdeka.
*Pulanglah (Lagu Raya)
*Tiada Lagi Tangisan.
*Cinta Beralih Arah.
*Kurnia.
*Berikan Harapan.
*Kasihnya Balqis.
*Hanya Kerna Mu.
*Ayah.
*Hanakage (Sebuah lagu Jepun).

Sebagai orang yang berpegang kepada adat ketimuran, Aishah telah berjaya dalam kariernya tanpa ada gosip-gosip liar terhadapnya walaupun bergelar insan seni.Sebagai menyokong penglibatan Aishah dalam bidang seni, warigh-warigh yang ingin mendapatkan album beliau adalah dinasihati untuk membeli yang original.Semoga Aishah berjaya dalam karier yang diceburinya.

No comments: