Thursday, January 1, 2009

Ucapan Tuan Pengerusi Majlis.


Yang Berbahagia Dato' Haji Mohamed Bin Husein selaku Pengerusi Majlis telah menyampaikan ucapannya dengan begitu menyentuh hati.Berikut adalah beberapa patah ucapan daripada Tuan Pengerusi Majlis.

Tinggi Mana Gunung Ledang,
Tinggi Lagi Harapan Kami.
Setinggi Mana Terbang Helang,
Tinggi Lagi Hajat Kami.

Yang Jauh Dah DiJemput,
Yang Dekat Dah DiPanggil.
Yang DiJemput Dah Datang,
Yang DiPanggil Dah Tiba,
Yang Menunggu Pulak Dah Bersedia.

Usaha kami satu Ahli Jawatankuasa sudah dibentuk untuk mencari, mengajak,bertanya,nak mengumpulkan bagi menaja Perhimpunan Warigh Menuang Karim Tahun 2008.

Pendek kata : Kok Hilang Dicari, Kok Cicir DiPungut,
Yang Jauh Dihimpunkan, Yang Dokek Dikumpulkan.
Pesan Memesan Sambil Menyampai, Ingat Mengingati.

Yang paling sukar ialah, membuat Terombo (Salasilah), keturunan Dato' Menuang ini.Maklumlah...................daripada Moyang.

Moyangnya....... Menuang........kemudian, Datuk,Nenek,Uwan,Ayah,Abah,Emak,Ibu,Anak,Cucu,
Cicit,Piut,Oneng-Oneng, dan entah-entah apa lagi....
Oleh itu maafkanlah,jika masih tercicir namanya atau jika tersalah ejaannya atau tersalah sebut bunyinya.Sebab orang dulu-dulu, ada nama,ditambah pula gelarannya.Kemudian lain benar-benar pula nama panggilannya.
Contoh: Nama: Noresah. Gelarannya: Ecoh. Panggilannya pula: Wan Ecoh.
Tempatnya: Di Kuala Rembang Panas.
Kalau dipanggil Noresah, Kuala Rembang Panas, sanak saudara tak kenal.Tetapi kalau sebut sahaja Wan Ecoh Kuala Rembang Panas, anak-anak buahnya,ipar lamainya, bersorak riuh-rendah, bergemuruh datang menyambutnya dengan gembira.Beginilah mesranya, lebih popular dengan nama panggilan atau nama timang-timangan daripada daripada keluarganya
seolah-olah nama asalnya tenggelam begitu saja.

Hujan Dah Teduh,
Kabus Dah Terang,
Oghak Dah Lopeh,
Bertanya Lepas Penat,
Berunding Lepas Makan.

Waktu kecil atau waktu dulu-dulu, masing-masing bertebaran mencari rezeki.Ibu-bapa mencari rezeki, anak-anak mencari ilmu, tak kira tempat, tak kira negeri, rezeki berada di mana-mana,
di darat,di laut, di bukit, di gunung, di udara, di air, masing-masing bertebaran umpama burung
bertebaran daripada sarangnya.

Anak,Cucu,Cicit Dato' Menuang, warigh pusaka, muda remaja.
Banyak juga yang benihnya, ada di dalam berbagai jenis bidang kerjayanya.Ada yang jadi 'alim
ulama,yang masuk golongan professional,doktor,jurutera,peguam,guru,pendita,pegawai polis,
pegawai tentera,pegawai laut dan udara,broker dan peniaga,lelaki perempuan ada belaka,
ternama,bergelar,tua dan muda.
Masing-masing hidup gembira.Ada yang tinggal dikampung,ada juga yang tinggal di kota.
Yang hidup bergembira,yang menjadi pemimpin atau ketua,masing-masing bergaya belaka.
Apabila dah baya, masing-masing pula umpama;
Pinang pulang ke tampuknya,
Sirih pulang ke ganggangnya,
Buah ke tangkainya,
Kelopak ke bunganya,
Ikan ke lubuknya,
Belut pulang ke lumpurnya.

Barulah terkenang nak mencari,
Siapa Moyangnyo....?
Apo Warighnyo........?
Kok dah meninggal, di mano kuburnyo......?
Kok masih ado (hidup) di mano tinggalnyo......?
Siapo-siapo anaknyo......?
Bagaimano memanggilnyo......?
Kok masih bekojo,di mano pejabatnyo.....?
Kok dah pencen, di mano menotapnyo.....?
Kok dio sakit, samo-samo melawat dan merawatnyo.
Kok dah tuo,............dihormati,
Kok mudo,.........samo-samo menyayanginyo,
Kok masih budak-budak,kanak-kanak.......bolikanlah permainannyo.

Tujuan Perhimpunan Jejak Kasih Warigh Menuang Karim 2008 ini ialah;
Bukan sahaja nak bertemu jumpa, bukan sahaja nak berbincang bicara, belum cukup suai-kenal
sahaja, harus bertegur sapa.
Tan Sri,Puan Sri,Dato' Seri, Datin Seri, Dato', Datin, Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah,
Datuk, Uwan, Abah,Emak,Pakcik,Makcik malahan menyambungkan silatilrahim persaudaraan.
Di mana yang dulunya tak kenal,tak tahu,lu siapo,gua siapo.Dah terlanggar batang hidung pun
tak kenal atau tak ambil kisah.
Mudah-mudahan dengan adanya Perhimpunan atau Perjumpaan Jejak Kasih Keluarga Menuang
2008 ini, berhasil seperti kata pepatah Melayu;

Yang Bengkok Dapat Diluruskan,
Yang Patah Dapat Disambungkan,
Yang Bercerai Dapat Disatukan,
Yang tenggelam Dapat Ditimbulkan.

Supaya warigh dan keturunan Menuang ini,menjadi insan yang unggul,pemurah,toleransi,
pengampun,rajin usaha,pemimpin sepanjang hayat, seperti kata pepatah;

Sebelum Diseru, Dia Sudah Turun,
Sebelum Dipanggil, Dia Dah Datang,
Sebelum Disuruh, Dia Sudah Pergi,
Sebelum Diminta, Dia Sudah Memberi,
Sebelum Ditarik, Dia Sudah Ikut,
Sebelum Ditolak, Dia Sudah Maju,
Sebelum Diajar, Dia Sudah Pandai,
Sebelum Diarah, Kerja Sudah Disiapkan.

Tuan Umpama Pohon Yang Rendang,
Tempat Semua Dapat Berteduh,
Harta Tuan Banyak Tidak Terkira,
Makin Tuan Memberi Makin Bertambah,
Makin Tuan Mengagihkannya, Makin Bertimbun,
Makin Tuan Tarah, Makin Menggunung,
Makin Tuan Cangkul, Makin Tinggi.

Dipendekkan kalam:

Umpama Tali : Kalau nak dipendekkan, ia digulung.
Kalau nak dipanjangkan, ia dihela.

Umpama Tikar: Kalau nak lebar, bentang.
Kalau nak sempitkan, lipat.


Yang Berbahagia Dato' Haji Mohamed Bin Husein.
Pengerusi Majlis.
(Keluarga Naemah Dan Kasan).


Nota: Sebarang bentuk cadangan dan bahan-bahan seperti gambar-gambar lama, contohnya
gambar orang yang disayangi yang sudah tiada lagi, bolehlah di emailkan untuk diabadikan
di dalam blog Warigh Menuang.email address: warighmenuang@yahoo.com.

No comments: