Friday, January 2, 2009

Keturunan Naemah Dan Kasan Dan Jawal.


Keturunan Naemah adalah salah satu daripada Warigh Menuang Karim.Beliau merupakan generasi pertama daripada Salasilah Menuang Karim.Naemah pada mulanya berkahwin dengan Kasan dan dikurniakan 3 orang anak iaitu (1)Jailah(Wok) yang berkahwin dengan Othman,(2)Ibrahim dan juga (3)Sawiyah.Daripada Jailah(Wok) dan Othman maka warigh-warigh telah bertambah hingga mencecah seramai 157 orang semuanya.Ianya dapat dilihat melalui carta salasilah yang mana telah melahirkan generasi ke enam keturunan Menuang daripada perut Naemah dan Kasan.
Perkahwinan kedua Naemah bersama Jawal telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Haji Mohamad Salleh yang berkahwin dengan Samekyah (41 orang warigh) dan anak perempuan iaitu Taisa yang berkahwin dengan Sulaiman(8 orang warigh).Daripada perut Naemah dan Jawal telah melahirkan 51 orang warigh hingga ke generasi ke lima.Jika dihitung maka seramai 211 orang warigh yang telah dilahirkan dari keturunan Naemah bersama Kasan dan Jawal mengikut perkiraan dalam carta salasilah.
Perkiraan ini hanyalah anggaran dan ianya boleh berubah kerana kemungkinan ada nama-nama yang masih tertinggal dan tidak dimasukkan di dalam carta salasilah tersebut.Harap maklum.

No comments: