Tuesday, January 20, 2009

Lahirnya Laksamana Warigh Menuang Karim.

Siapakah dia bayi yang comel ini? Generasi pertama iaitu Menuang Karim dan Saaliah telah dianugerahkan seorang anak yang dinamakan Minal yang bertemu jodohnya dengan Ilam.Hasil perkongsian hidup Minal dan Ilam maka lahirlah Hussein yang bertemu pula jodohnya dengan Putih.Perkahwinan Hussein dan Putih telah dianugerahkan anak lelaki yang bernama Mohd Nor.Ketentuan Illahi mempertemukan Mohd Nor dengan Rokiah yang akhirnya melahirkan anak sulong lelaki yang diberi nama Mohd Anwar.Mohd Anwar dilahirkan di daerah Alor Gajah pada tanggal 12hb. Mac 1950.Siapakah Mohd Anwar ini?Ikutilah kisah beliau seterusnya.

Mohd Anwar Bin Mohd Nor bersama keluarganya.

Sukan Golf, salah satu sukan kegemarannya.

Pernah mewakili dan mengharumkan nama negara dalam pasukan hoki pada Sukan SEAP dan Sukan Asia di Taheran pasa 1974 dan berjaya membantu pasukan memenangi pingat gangsa.

Segak dan bergaya memberi tabik hormat.

Inilah dia wajah Laksmana dari Warigh Menuang yang telah banyak menyumbangkan bakti kepada tanahair tercinta.


Penglibatan awal

Mohd Anwar menyertai TLDM pada tahun 1968. Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini mendapat latihan awal di HM Naval Base Secondary School, Singapura. Pada tahun 1981, beliau telah dihantar mengikuti kursus di Naval Staff College, Rhode Island di Amerika Syarikat.

Kepimpinan beliau teserlah dengan terlantiknya beliau ke jawatan-jawatan penting dalam TLDM. Mohd Anwar pernah menjadi pegawai memerintah KD Pelandok, menjadi juruiring Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-IX dan ke-X. Setelah dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama beliau memegang pula jawatan Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut dan kemudiannya sebagai Panglima Wilayah Laut II. Beliau juga pernah menjadi komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda seterusnya menjawat jawatan Panglima Armada. Setelah itu beliau sekali lagi dinaikkan pangkat Laksamana Madya dan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Laut pada tahun 2002.

Panglima tertinggi

Pada 13 Ogos 2003 Mohd Anwar dilantik menjadi Panglima Tentera Laut dan dinaikkan ke pangkat Laksamana penuh. Laksamana Tan Sri Mohd Anwar mencipta sejarah apabila dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera pada 13 April 2005 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin. Beliau memecah tradisi kerana sebelumnya jawatan itu dimonopoli oleh pegawai-pegawai tertinggi Tentera Darat Malaysia. Perlantikan ini dilihat banyak pihak sebagai bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa dan konsep rangka kerja Pasukan Angkatan Bersama yang ditubuhkan tahun sebelumnya. Ketika memegang teraju Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak menyentuh konsep kebersamaan ataupun jointness dalam operasi ATM melalui ucapan-ucapan beliau. Beliau juga meneruskan usaha-usaha memperkaya ilmu pengetahuan warga ATM melalui konsep K-Force yang dicetuskan oleh Jeneral Tan Sri Zahidi. Sebagai seorang panglima beliau sendiri memiliki ijazah sarjana dari University of Warwick.

Persaraan

Beliau telah digantikan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal dari Tentera Darat mulai 1 Februari 2007. Beliau telah menulis karya yang bertajuk On Command and Leadership yang merangkumi pengalaman beliau dan petikan ucapan-ucapan sewaktu berkhidmat dengan ATM.

Penghormatan

Warigh Menuang Karim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor dengan pencapaian tertinggi yang telah diterima oleh beliau.

No comments: