Friday, October 19, 2012

Al-Fatihah Allahyarhamah Hjh. Samekyah Bt. Hj Hussin.























Al-Fatihah Allahyarhamah Hajjah Samekyah Bt. Haji Hussin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Oktober 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433H pada jam 2.15 pagi di rumah kediaman Taman Sri Telawi, Ampangan Seremban Negeri Sembilan.Jenazah Allahyarhamah telah dimandi, dikafankan serta disembahyangkan di Masjid Panchor Jaya Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Seremban. Allahyarhamah meninggal dunia ketika berumur 85 tahun akibat sakit tua.Solat jenazah dan bacaan talqin dipimpin oleh anak Allahyarhamah sendiri, Mohd Hanif Bin Hj Mohd Salleh.Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarhamah dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman.

Saturday, April 23, 2011

Selamat Pengantin Baru.

Blog Warigh Menuang Karim mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Norihan Mohd Yusof dan Faizal. Upacara pernikahan mereka telah dilangsungkan pada 22hb. April 2011 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju selepas waktu 'Asar sementara majlis persandingan kedua mempelai telah dilangsungkan di Menara TM, Kuala Lumpur pada 23hb. April 2011.
Semoga kedua mempelai ini dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Semua gambar-gambar sekitar persandingan mereka boleh didapati di Facebook Warigh Menuang Karim.

Monday, March 28, 2011

Jejak Warigh Di Bangkok.

Tuan blog menerima email daripada Saudara Mohd Yasin yang dapat menjejaki seorang warigh kita di Bankok Thailand.Warigh yang dimaksudkan ialah Puan Zaleha Bt Hj Sulaiman yang rasanya sudah lama kita tidak bertemu dengan beliau. Walaupun pertemuan mereka mengambil masa yang agak terbatas tetapi ini adalah satu pertemuan yang amat bermakna sekali dalam misi menjejaki warigh-warigh yang sudah lama terpisah.Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Yasin yang berusaha gigih menjejaki Puan Zaleha dan ini menjadi satu dorongan kepada kita untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita. Berikut disertakan email dari Saudara Mohd Yasin kepada tuan blog.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Pada 25 Mac 2011 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang Warigh yang telah menetap di Kota Bangkok. Puan Zaleha Sulaiman yang juga saya panggil Mak Chu telah berkahwin dgn warga Thailand dan menetap di Bangkok semenjak 1983. Pada waktu tersebut suami beliau tiada di rumah kerana ke pejabat. Walau bagaimanapun, saya sempat berbicara sebentar dengan beliau melalui telefon.

Pertemuan singkat selama 30 minit tersebut amat bermakna dan dipenuhi dengan cerita masing-masing tanpa henti. Pertemuan tersebut agak terlewat kerana saya mengambil masa lebih 1 jam untuk mencari lokasi rumah beliau walaupun ditemani oleh Pegawai Pengiring dari RTARF. Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut amat bermakna dan saya berjanji untuk mengunjungi beliau lagi di kunjungan yang akan datang pada 22 - 26 Mei 2010 sekurang-kurangnya untuk merasa Tom Yam Kung beliau. Beliau kini menetap di salah sebuah kawasan perumahan elit di alamat berikut:119/112, Moo Baan Maneeya, Maneeya Project 4/Soi 2, Soi Thai-it, Rattanathibet Road,Nonthaburi, 1100. HP 081-4229663 atau Rumah. 02-9221254


Friday, March 18, 2011

Al-Fatihah Untuk Warigh Kito.

Tuan blog menerima panggilan daripada Tuan Haji Hisham yang memaklumkan bahawa seorang warigh kita telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.00 pagi, Juma'at, 8 Mac 2011. Beliau ialah Puan Hajjah Ismaizan Binti Hashim yang akan mengadakan walimatul-urus anak lelakinya, Afif Taubah Bin Haji Mohd Arif di rumahnya di Taman Bukti, Ampangan, Seremban, N.Sembilan pada 19 Mac 2011.
Seluruh Warigh Menuang Karim mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarhamah dan berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Semoga seluruh keluarga Tuan Haji Mohd Arif Bin Osman tabah dengan ujian Allah swt dan redha dengan pemergian orang yang tersayang.

Tuesday, December 28, 2010

Ujian Allah Kepada AJK Warigh Menuang.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, itu tandanya Allah Menyayangi kita dan sebagai hambaNya, kita mestilah redha dengan apa jua pemberiannya. Bermula dari penulis blog ini yang diuji dengan penyakit "Bell Palsy" iaitu lumpuh sebelah muka kiri sehinggakan wajah sebelah kiri berubah dari asalnya. Kemudian seorang lagi AJK Warigh Menuang iaitu Saudara Mohd Yasin Bin Usop yang diserang penyakit "slip disc" sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital tentera Wangsa Maju.
Terbaru sekali, dua orang AJK Warigh Menuang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Puan Hjh Maznah telah dimasukkan ke Hospital PutraJaya dan akan melakukan pembedahan kerana ada masalah barah, walaupun dalam peringkat awal. Kemudian kita dikejutkan pula dengan berita, seorang lagi AJK Warigh Menuang Karim yang terlantar di Hospital Kuala Pilah, iaitu Tuan Hj Nazri Bin Adam, yang menghidapi jangkitan kuman paru-paru.
Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang sedang menghadapi ujian Allah ini diberi kekuatan dan tabah menghadapi penyakit yang dihidapi. Semoga Allah swt memberi kesembuhan kepada kita semua dengan berkat doa dari semua warigh-warigh. Segala info boleh didapati di Face Book Warigh Menuang Karim.

Tuan Hj Nazri Bin Adam ( Jangkitan Kuman Paru-Paru)
Puan Hjh Maznah Bte Husien ( Barah)
Saudara Kol. Mohd Yasin Bin Usop ( Slip Disc)
Mohd Hanif Bin Hj Mohd Salleh (Bell Palsy)

Saturday, November 13, 2010

Lagu Warigh Menuang.



Lagu ini dicipta khas untuk Warigh Menuang Karim secara spontan.Arrangement musicnya mungkin boleh diperbaiki jika ia dibuat di studio yang lengkap.Mungkin lagu ini sesuai untuk dinyanyikan secara beramai-ramai sewaktu perhimpunan diadakan.Lagu ini adalah ciptaan Mohd Hanif dan liriknya juga dari Mohd Hanif.Jika ada warigh-warigh yang lain yang mempunyai bakat terpendam untuk mencipta satu lagu untuk Warigh Menuang,pihak Warigh Menuang amat mengalu-alukannya.

Wednesday, November 10, 2010

Ratusan Gambar Warigh Menuang Karim.

Gambar Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim kali ini dapat diabadikan di blog ini dengan lebih banyak sekali melalui tayangan slide show.Pengunjung blog boleh mendapatkan gambar-gambar kenangan apabila gambar di slide show tersebut diklik untuk tatapan yang lebih besar saiznya.
Pihak blog mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa warigh yang telah memuatkan gambar-gambar kenangan ini melalui laman social Facebook.Ini memudahkan blog untuk menjadikan gambar tersebut sebagai album kenang-kenangan di blog ini.Diharap dapat dimanafaatkan oleh seluruh Warigh Menuang Karim dengan sebaik-baiknya.