Tuesday, December 28, 2010

Ujian Allah Kepada AJK Warigh Menuang.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, itu tandanya Allah Menyayangi kita dan sebagai hambaNya, kita mestilah redha dengan apa jua pemberiannya. Bermula dari penulis blog ini yang diuji dengan penyakit "Bell Palsy" iaitu lumpuh sebelah muka kiri sehinggakan wajah sebelah kiri berubah dari asalnya. Kemudian seorang lagi AJK Warigh Menuang iaitu Saudara Mohd Yasin Bin Usop yang diserang penyakit "slip disc" sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital tentera Wangsa Maju.
Terbaru sekali, dua orang AJK Warigh Menuang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Puan Hjh Maznah telah dimasukkan ke Hospital PutraJaya dan akan melakukan pembedahan kerana ada masalah barah, walaupun dalam peringkat awal. Kemudian kita dikejutkan pula dengan berita, seorang lagi AJK Warigh Menuang Karim yang terlantar di Hospital Kuala Pilah, iaitu Tuan Hj Nazri Bin Adam, yang menghidapi jangkitan kuman paru-paru.
Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang sedang menghadapi ujian Allah ini diberi kekuatan dan tabah menghadapi penyakit yang dihidapi. Semoga Allah swt memberi kesembuhan kepada kita semua dengan berkat doa dari semua warigh-warigh. Segala info boleh didapati di Face Book Warigh Menuang Karim.

Tuan Hj Nazri Bin Adam ( Jangkitan Kuman Paru-Paru)
Puan Hjh Maznah Bte Husien ( Barah)
Saudara Kol. Mohd Yasin Bin Usop ( Slip Disc)
Mohd Hanif Bin Hj Mohd Salleh (Bell Palsy)