Monday, March 30, 2009

Blog Kekal Selama-Lamanya...........

Keperihatinan beberapa warigh yang menghantar email,menalipon serta memberi maklum balas dalam chat-box maka penulis mengambil keputusan untuk terus mengekalkan blog warigh Menuang.Sekiranya ada generasi muda yang ingin mengambil alih penulisan dalam blog ini, maka mereka amat-amatlah dialu-alukan dengan syarat blog Warigh Menuang Karim tidak terkeluar dari landasan dan hanyalah berkisar kepada kisah warigh-warigh sahaja.Maka dengan itu sebarang bentuk penulisan seperti isu politik, perkauman, dan unsur-unsur negatif dilarang sama sekali untuk dimuatkan ke dalam blog ini.Blog Warigh Menuang juga hanyalah memaparkan kisah-kisah dari fakta yang sebenar melalui sumber maklumat yang boleh dipercayai.Ia juga dilindungi daripada cerita-cerita yang boleh mengaibkan seseorang walaupun ia adalah kisah yang benar.

No comments: