Friday, March 6, 2009

Temuramah Bersama Wartawan Utusan Malaysia.



Pada 06/03/2009 bersamaan Hari Jumaat, jam 11.00 pagi satu sesi temuramah berkaitan perhimpunan warigh Menuang Karim telah diadakan bertempat di Restoran Pelita, Ampang Point.Wartawan yang bernama Nor bertugas di pejabat Utusan Malaysia Jalan Chan Sow Lin telah menemuramah Puan Hajjah Maznah mengenai perhimpunan warigh Menuang Karim yang telah diadakan pada 28/12/2008.

Mungkin masih belum terlambat untuk kita memuatkan berita perhimpunan keluarga yang julung-julung kalinya diadakan demi mencari satu kata sepakat.Pertemuan bersama wartawan itu berlangsung selama hampir 45 minit diharap akan menjadi satu sejarah bagi seluruh warigh Menuang Karim merealisasikan berita perhimpunan keluarga itu di akhbar.

Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Assistant Editor Utusan Malaysia, Encik Ramli Abd. Karim yang telah meminta jasa baik Cik Nor menemuramah Puan Maznah dan penulis sendiri bagi memuatkan majlis perhimpunan warigh Menuang Karim di akhbar yang amat berpengaruh di Malaysia.Semoga apa yang kita hajati demi kebaikan semua pihak akan tercapai dan terlaksana serta menjadi wadah atau contoh terbaik bagi orangramai untuk mengekalkan hubungan silatulrahim kekeluargaan.

Puan Hajjah Maznah bersama wartawan Utusan Malaysia, Cik Nor.

No comments: