Sunday, March 22, 2009

Sekitar Majlis Maulidur Rasul Warigh Menuang.



Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama warigh-warigh Menuang telah dihadiri oleh beberapa warigh baik dari jauh dan dekat.Sebenarnya dalam majlis sebegini telah memberi satu lagi lakaran sejarah untuk warigh-warigh melihat cara dan adat yang agak berbeza dalam perlaksanaan majlis cukur jambul.
Penulis dan keluarga yang menganjurkan majlis seperti ini mengucapkan ribuan terimakasih kepada warigh-warigh yang hadir.Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan disatukan dengan erat tanpa ada perasaan mementingkan diri sendiri.Hubungan kekeluargaan hanya akan terjalin dengan erat jika kita terus bersatu,bermahasabah diri untuk menjadi umat Rasullullah s.a.w yang terpuji sebagaimana tema "khairu umah".

Jutaan terima kasih kepada warigh-warigh yang hadir.

1) Tuan Haji Adenan Bin Sulaiman.
2) Tuan Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal.
3) Tuan Haji Nazri Bin Haji Adam.
4) Puan Hajjah Maznah & anaknya serta seorang rakan anaknya.(3 orang)
5) En. Syamsul Redzuan Bin Haji Mohd Salleh.(2 anak,1 menantu,1 cucu=5 orang)
6) En. Zulkifli Bin Dato' Haji Zainal.
7) En. Abdul Wahab Shahrani Bin Haji Mohd Salleh.(1 isteri,3 anak,3 menantu,5 cucu=13 orang)
8) En. Abdul Razak Bin Haji Mohd Salleh.
9) Puan Farizah Bte Haji Mohd Salleh.(1 suami,1 anak=3 orang)
10)Puan Junaidah Bte Hasan.

Jumlah keseluruhan warigh-warigh yang sudi datang termasuk keluarga penulis seramai 6 orang berjumlah 36 orang.Terima Kasih juga kepada warga Blok E15 yang bertungkus-lumus untuk menyediakan segala-galanya demi menjayakan majlis tersebut.

Untuk makluman, penulis dan isteri menganggarkan seramai 150 orang warigh-warigh yang hadir maka dengan itu penulis tidak menjemput rakan-rakan dari masjid tempat penulis berjemaah.Begitu juga hanya seramai 8 orang sahaja dari keluarga isteri yang terdekat sekali dijemput kerana keutamaan diberi hanyalah kepada warigh-warigh Menuang Karim.Penulis juga tidak menjemput rakan-rakan dari blok-blok berhampiran untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada warigh-warigh yang hadir.Namun keperihatinan warigh-warigh yang lain untuk memberi makluman tentang ketidakhadiran mereka amatlah mengecewakan walaupun penulis telah menalipon,email baik jauh dan dekat untuk memberi makluman.Sayang sekali apabila hubungan kekeluargaan ini hampir dilupakan bak kata Tuan Haji Adenan, "Menuang dulu dan Menuang kini amat jauh bezanya apabila berbicara soal penyatuan keluarga".Rasanya ini adalah ungkapan yang benar-benar berlaku seperti apa yang dirasakan oleh Tuan Haji Adenan sebagai seorang senior dalam keluarga Menuang.

No comments: