Sunday, March 1, 2009

Dulu Lain, Sekarang Lain.

Aktif dalam sukan.

Tunku Kurshiah School Kuala Pilah Negeri Sembilan.


Puan Hajjah Asma' Hj. Abd. Majid bersama Puan Hajjah Fatimah Zahrah.

Puan Hajjah Fatimah Bte. Hj. Mohd Salleh adalah salah seorang warigh Menuang dari keturunan Naemah yang kini telah menetap jauh di Kelantan.Namun begitu kerana keperihatinannya untuk menghadiri perhimpunan warigh Menuang Karim, beliau sanggup hadir sebagai menyatakan sokongan kepada perhimpunan tersebut.
Puan Hajjah Fatimah kini sudah bersara daripada berkhidmat sebagai Pegawai Warden Penjara.Bermula dengan tugasnya di Kem Tahanan Kemunting, Perak dan akhirnya bertukar lah ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.Beliau juga pernah ditugaskan di Penjara Kajang sebelum bersara.Kepada warigh-warigh yang lain ingin berhubung dengan beliau jika kebetulan berada di Kelantan bolehlah menghubunginya melalui nombor, 09-7737768 atau 019-9381511.Alamat kediaman beliau ialah Lot. 2502,Taman Famili,Kampung Panji,16100 Kota Bharu, Kelantan.
Adalah dimaklumkan bahawa tulisan ini adalah sebagai tanda terima-kasih penulis kepada Kanda Fatimah yang kini berada jauh di perantauan, namun sanggup berkorban masa dan lain-lain untuk merealisasikan program perhimpunan warigh Menuang.Selain itu juga, disebabkan agak terbatasnya bahan untuk mengemaskini blog ini, maka penulis memilih kisah keluarga terdekat agar blog ini terus-menerus hidup.
Sekali lagi, penulis memohon agar warigh-warigh yang lain daripada keluarga Naemah dapat memberi kerjasama mengirim gambar, bahan penulisan dan sebagainya sebagai tatapan bagi warigh-warigh yang lain.Segala bahan-bahan dan cerita bolehlah dihantar kepada hanifsalleh@gmail.com.

No comments: