Tuesday, March 17, 2009

Kenali Warigh-Warigh Menuang Yang Dahulu.

Gambar-gambar lama berketurunan Warigh Menuang Karim ini telah dihantar oleh Tuan Haji Mohd Hisham Bin Dato' Haji Zainal melalui kiriman email.Gambar-gambar ini amat berharga sekali sebagai bahan tatapan kepada seluruh Warigh Menuang yang ada agar kita lebih mengenali siapakah mereka-mereka ini dan apakah pertaliannya dengan kita.
Penulis amat berharap sangat agar pengecaman gambar-gambar ini dapat ditafsirkan dengan lebih jelas oleh generasi-generasi yang lama agar dapat pengenalan yang lebih dekat lagi bagi generasi-generasi yang baru.
Penulis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Hisham di atas kiriman gambar-gambar sebegini dan ini adalah salah satu bentuk sokongan yang padu untuk bahan penulisan blog Warigh Menuang Karim.
Adalah diharap ia akan menjadi contoh kepada warigh-warigh yang lain untuk kita mempereratkan hubungan kekeluargaan tanpa batasan baik dari segi kedudukan,pangkat atau apa jua demi mencari satu wadah yang baik untuk menjejaki keturunan Warigh Menuang Karim yang selama ini kita usahakan.


Dato' Haji Zainal Deli mendukung anaknya Hisham.
Dari Kiri: Tok Bador,Tahir,Siwok Dina,Pak Ngah Ali dan Tuan Haji Abd Majid Abd Karim.
Siwok Dina semasa muda.
Siwok Dina.
Dato' Haji Zainal Deli di Tunku Muhammad School Kuala Pilah, N.Sembilan.
Segak sewaktu muda, Dato' Haji Zainal Deli.
Dato' Hj. Zainal Deli bersama Che Mah.
Bingkisan kenangan Dato' Hj Zainal bersama Che Mah.
Che Mah sewaktu muda.

Inilah Noresah ataupun Wan Ecoh.
Gambar bawah: Tuan Haji Bador Menuang.

No comments: