Monday, March 16, 2009

Selamat Datang Warigh Menuang Karim

Sambutan Maulidur Rasul 1430H bersama warigh-warigh Menuang pada 21/03/2009 akan membawa satu lembaran baru untuk kita menunjukkan rasa kecintaan kita kepada junjungan Rasullullah s.a.w.
Pada 15/03/2009 bersamaan Hari Ahad jam 8.00 malam, penulis telah mengadakan mesyuarat bersama-sama Ahli Jawatankuasa Blok E15 Desa Pandan sebagai persediaan untuk mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul yang dirancang.Dalam mesyuarat tersebut pihak Ahli Jawatankuasa Blok E15 akan mengadakan gotong-royong untuk kerja masak-memasak.Disamping itu satu majlis cukur jambul juga akan diadakan untuk Adik Damia Safia Bte. Safian iaitu cucu saudara kepada penulis sendiri.

Menu untuk jamuan makan malam.

1) Nasi Putih.
2) Masak Lemak Tulang campur Ubi Kentang.
3) Ayam Goreng Berempah.
4) Sambal Udang Petai.
5) Sayur Kobis Dan Carrot Goreng.
6) Pajeri Nenas.
7) Buah Pisang Emas.
8) Air Teh "O" Dan Sirap.

Buah Tangan Untuk Warigh-Warigh.

1) Pulut Kuning.
2) Rendang Daging.
3) Bunga Telor.

Kerja masak-memasak akan dimulakan pada pagi Hari Sabtu 21/03/2008.Bagi warigh-warigh yang berkelapangan bolehlah datang untuk membantu kerja-kerja yang telah dirancang.
Semoga Allah jualah yang membalas segala pengorbanan Ahli Jawatankuasa Blok E15 di atas segala sumbangan tenaga yang diberi.

No comments: