Tuesday, March 10, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Warigh Menuang.


Satu sambutan majlis Maulidur Rasul akan diadakan pada 21/03/2009 bersamaan hari Sabtu.Majlis tersebut akan diadakan di rumah penulis sendiri iaitu di Blok E15-0-8, Jalan 4/76B, Pangsapuri Anggerik, Desa Pandan,55100 Kuala Lumpur.Majlis akan dimulai selepas solat Maghrib yang mana pengisiannya ialah bacaan barzanji dan marhaban.Selepas itu akan disusuli dengan bacaan tahlil arwah untuk kita hadiahkan kepada arwah-arwah ayah,ibu dan juga saudara-saudara kita yang telah pergi dahulu menemui Allah.

Penulis ingin menjemput semua warigh-warigh hadir ke majlis tersebut sebagai satu lagi perjumpaan untk warigh-warigh Menuang.Penulis juga berharap dapatlah kiranya satu keluarga menyumbang sekurang-kurangnya RM50.00 untuk menampung kos makanan,minuman dan juga khemah.Berikut di bawah ialah aturcara majlis:

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Untuk Warigh-Warigh Menuang.

Tarikh: 21/03/2009. (Hari Sabtu).

Masa: Selepas Solat Maghrib.

Tempat: Perkarangan Blok E15 (Rumah penulis)
E15-0-8, Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur.
(Berhampiran Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan).

Pengisian Sambutan: Barzanji dan Marhaban.
Bacaan Tahlil Arwah dan Doa.
Makan dan bersilatulrahim.
Bersurai.

No comments: