Saturday, April 4, 2009

Hebahan Cadangan Untuk Warigh Menuang.

Sudah hampir 3 bulan lebih perhimpunan Jejak Kasih Warigh Menuang meninggalkan kita tanpa ada satu perancangan yang lebih baik untuk memperkasakan matlamat perhimpunan tersebut.Perhimpunan tersebut menjadi tidak bermakna sekiranya tiada perancangan susulan untuk di bawa ke perhimpunan yang akan datang apatah lagi seandainya kita menganggap perhimpunan yang diadakan hanyalah sekadar suka-suka sahaja.Maka dengan itu akan sia-sialah matlamat untuk "mendekatkan yang jauh dan menyatukan yang dekat."

Penulis ingin mencadangkan agar ia didaftarkan sebagai satu pertubuhan atau persatuan yang di namakan "Persatuan Warigh-Warigh Menuang".Penulis juga berharap kepada sesiapa yang kreatif dalam kerja mereka-cipta logo untuk tampil bagi menyumbangkan reka-cipta "Logo Warigh Menuang".Kemudian dilantik Ahli Jawatankuasa Bertindak dalam merencanakan beberapa program atau aktiviti yang melibatkan warigh-warigh Menuang agar perhubungan yang ingin dijalinkan tidak terhenti begitu sahaja.

Penulis sendiri telah berbincang dengan salah seorang AJK Perhimpunan Warigh Menuang 2008, iaitu Tuan Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal untuk melakukan program ziarah menziarahi bagi menjejaki warigh-warigh yang senior.Adat yang muda mencari saudara yang tua, itulah sebenarnya amalan warigh-warigh terdahulu.Insya'allah program ziarah menziarahi ini akan diadakan dalam masa terdekat.

Jika dilihat pada penulisan blog ini, ia hanyalah satu cetusan idea untuk merakamkan segala kenangan manis dan pahit berkisar kisah warigh Menuang tanpa ada satu perancangan teratur.Pengunjungnya juga mungkin beberapa kerat sahaja yang berminat berdasarkan pengamatan penulis kepada yang memberi respon.Ia juga adalah dari kajian penulis sendiri setelah menalipon beberapa warigh yang mana mereka tahu adanya blog ini tetapi tidak pernah melayarinya.Mungkin kesibukan mereka dengan tugas-tugas tertentu maka tiada masa untuk melayarinya.

Jesteru itu penulis merasakan, perlu ada satu gerakan yang lebih efisyen demi untuk menyatu-padukan warigh-warigh yang ada.Maka tercetuslah idea seperti apa yang telah penulis nyatakan seperti di atas.Sekiranya ada warigh-warigh yang mempunyai idea yang lebih baik, penulis amat mengalu-alukannya.

No comments: