Monday, June 22, 2009

Eratkan Silaturrahim Warigh Menuang.













Kalau dibaca risalah di atas, kita akan faham betapa pentingnya hubungan "Silaturrahim". Pada muka surat 12 risalah ini dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh mereka-mereka yang memutuskan "Silaturrahim" agar bangun dari kumpulannya kerana baginda ingin berdoa kepada Allah swt. Doa Rasulullah s.a.w yang tiada hijabnya tertolak kerana adanya golongan yang suka memutuskan "Silaturrahim" duduk bersama baginda.
Kadang-kadang wujud perselisihan kecil di antara kita hingga terputusnya "Silaturrahim". Perselisihan itu sebenarnya adalah sunnah tetapi yang tak baiknya ialah perselisihan hingga membawa kepada perpecahan.Disebabkan berselisih pendapat dengan orang sebelah maka yang jadi mangsa ialah ternakan orang sebelah yang memasuki kawasan rumah kita.Ayamnya masuk, kita baling dengan kayu hingga tempang kakinya, lembunya masuk, kita simbah dengan asid hingga mendatangkan kemudaratan kepada binatang-binatang tersebut.Apakah itu caranya kita menyelesaikan perselisihan?
Penulis merasakan persoalan ini amat penting bagi warigh-warigh kita agar apa yang kita usahakan selama ini iaitu "Yang Jauh Kito Dokekkan, Yang Dokek Kito Himpunkan" tidak tinggal sebagai slogan sahaja.Perselisihan yang membawa kepada pepecahan inilah yang kita takutkan sedangkan segala-galanya boleh diselesaikan dengan bermuzakarah.Kalau nak dipertahankan ego kita, kajilah balik asal kejadian kita.Kita dijadikan dengan setitis air mani dan dilahirkan dalam keadaan yang begitu jahil sekali.Apabila dah besar, ubun-ubun pun dah keras, maka hati kita juga turut keras hingga tak layak lagi untuk menerima pakai pendapat orang lain.Akhirnya kita hanya merelakan perpecahan sehinggakan hubungan "Silaturrahim" tidak kita endahkan lagi.
Semoga apa yang penulis sampaikan ini dapat memberi kesedaran kepada diri penulis sendiri dan juga warigh-warigh yang lain.Sama-samalah kita berkongsi ilmu kerana apa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita bukanlah milik kita seorang.

p/s: Risalah di atas adalah pemberian sahabat penulis iaitu Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki dan pernah disampaikan oleh Al-'Allamah Sayiid 'Alawi Ibn Abbas Al-Maliki (guru Syeikh Fuad al- Maliki).
Bagi warigh-warigh yang ingin copy risalah tersebut, keizinan diberi dengan rendah hati.

2 comments:

Che Jam said...

Salam,

Tumpang tanya. Apa maknanya "waris menuang". Pertama kali saya dengar istilah ni adalah selepas Yamyuan Tuanku Jaafar mangkat tempoh hari. Saya bayangkan maksudnya adalah upacara pengkebumian. Tolong terangkan

Fooart said...

...dan tajuk dan risalah inilah yg telah dibaca pada Khutbah Jumaat minggu lepas di Senawang....Alhamdulillah