Monday, September 20, 2010

Mesyuarat Perhimpunan Ke 2 Jejak Kasih Kali Ke-3

Logo Warigh Menuang Karim Yang Dicadangkan.
Mesyuarat Kali Ke-3 Warigh Menuang Karim Jamuan Makan Tengahari di Rumah Hj Kamil Bin Hj Adam.

Satu mesyuarat untuk menjayakan Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim telah diadakan pada 19/09/2010 bertempat di Yayasan Asrama Anak-Anak Yatim Jempol Bakti Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Antara yang hadir ialah Dato' Mohd Awal Bin Dato' Hj Nordin, Datin Noresah Bt Othman,Tuan Hj Hisham Bin Dato' Hj Zainal, Tuan Hj Nazri Bin Hj Adam, Tuan Hj Mohd Zain Bin Abd Rahman, En. Syamsul Redzuan, En. Mohd Yassin Bin Usop, En. Zarul Azam Bin Hj Kamil, Puan Haslinda Hashim dan Puan Azurah Hj Kamaruddin.
Beberapa cadangan diutarakan serta perbincangan diadakan untuk menjayakan majlis Perhimpunan Jejak Kasih Ke-2 Warigh Menuang Karim yang akan diadakan pada 6hb. November 2010.
Pihak warigh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Kamil Bin Hj Adam kerana menjadi penaja untuk jamuan tengahari di rumah beliau.Semoga apa yang diperbincangkan dapat direalisasikan dengan jayanya, Insya'allah.

No comments: