Wednesday, September 29, 2010

Perhimpunan Jejak Kasih Ke-2 - Apa Agendanya??

Pada 6hb. November 2010 bersamaah Hari Sabtu, akan diadakan perhimpunan ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim.Perhimpunan kali ini akan diadakan di Yayasan Anak-Anak Yatim, Jempol Bakti, Batu Kikir Negeri Sembilan. Ini bermakna, tinggal hanya 1 bulan dan beberapa hari sahaja lagi untuk perhimpunan tersebut berlangsung.
Pihak AJK yang terlibat mungkin telah menyusun beberapa agenda sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.Tuan Blog hanya sempat hadir bermesyuarat hanya sekali disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Dengan itu Tuan Blog mewakili ahli warigh-warigh yang lain ingin meminta agar AJK Bertindak yang telah dilantik mewar-warkan agenda ataupun program-program yang sudah diatur dengan lebih awal untuk makluman warigh-warigh yang ada.
Dengan adanya perancangan rapi dengan program-program yang lebih tersusun, akan membuatkan perhimpunan yang akan dijalankan berjalan lebih menarik. Mungkin bagi warigh-warigh yang mempunyai idea-idea yang lain juga boleh berkongsi dengan AJK Bertindak untuk merealisasikan perjumpaan ini.Program-program yang sudah diatur bolehlah diwar-warkan melalui laman social Face Book ataupun melalui ruang komen blog ini.

No comments: