Wednesday, October 20, 2010

Minit Mesyuarat Ke-5 Perhimpunan Ke-2 Warigh Menuang.


WARIGH MENUANG KARIM

Yang Jauh Kito Dokekkan, Yang Dokek Kito Himpunkan

MINIT MESYUARAT KE-5 PERHIMPUNAN KE-2 WARIGH MENUANG

Tarikh : 10 Okt. 2010

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Masjid Paroi Jaya, Seremban

KEHADIRAN

Y.Bhg. Dato’ Mohamed bin Husein Penaung

Y.Bhg. Dato’ Mohd Awal bin Dato’ Hj. Nordin Pengerusi Perhimpunan

Tuan Hj. Hisham bin Dato’ Zainal Naib Pengerusi

Tuan Hj. Mohd Nazri bin Adam Naib Pengerusi

Y.Bhg. Datin Noresah bte. Othman Bendahari

Tuan Hj. Mohd Zain bin Ab. Rahman

Puan Nor Haslinda bte. Hashim

Puan. Azurah bte. Kamarudin

Mohd Yasin bin Usop Pen. Setiausaha

Tidak Hadir Dengan Maaf

Shamsul Redzuan bin Mohd Salleh

Tuan Hj. Munzir bin Othman

Zarul Azam bin Mohd Kamil

Mohd Hanif bin Mohd Salleh

Puan Arifah bte. Kamarudin

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1. Y.Bhg Dato’ Mohd Awal selaku Pengerusi Perhimpunan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pada Mesyuarat Ke-5. Beliau seterusnya menekankan agar perhimpunan pada kali ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendekatkan lagi tali silaturrahim di kalangan anak-anak waris Warigh Menuang

AGENDA 1. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PERTAMA PERHIMPUNAN KE-4 WARIGH MENUANG

2. Pindaan kepada tajuk mesyuarat. Minit Mesyuarat Ke-3 ditukar kepada Minit Mesyuarat Ke-4.

3. Tn. Hj. Hisham mencadangkan agar Minit Mesyuarat Ke-4 disahkan dan disokong oleh Y.Bhg. Datin Noresah. Minit mesyuarat telah diterima dengan sebulat suara.

AGENDA 2. PERKARA BERBANGKIT

4. Perkara berikut telah dibangkitkan dari Minit Mesyuarat ke-4:

a. Surat Tempahan Premis. Surat tempahan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Jempol Bakti telah pun dimajukan pada 29 Sep. 2010. Bayaran pendahuluan sejumlah akan dibayar melalui Tn. Hj. Nazri

b. Aturcara Perhimpunan. Mesyuarat telah bersetuju pengacara semasa perhimpunan adalah Sdr. Mohd Haniff bin Mohd Salleh dan juga Pn. Nor Haslinda bte. Hashim.

c. Menu. Mesyuarat bersetuju akan perubahan menu untuk jamuan tengahari seperti berikut:

(1) Gulai daging salai.

(2) Ayam goring kosong.

(3) Ikan sembilang goreng berlada.

(4) Labu masak lemak puteh.

d. Pelancaran Yayasan Warigh Menuang. Y.Bhg. Pengerusi menyatakan bahawa dana yang dijanjikan telah pun disahkan. Ketetapan berikut telah pun dipersetujui:

(1) Y.Bhg. Pengerusi telah mencadangkan agar pelancaran dijalankan oleh Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar bin Mohd Noor (Bersara), anak waris dari Perut Minal. Beliau sendiri akan bertemu dengan Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar bersama dengan Setiausaha pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Namun begitu, sekiranya Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar tidak berkesempatan, beliau mencadangkan pelancaran dijalankan oleh Y.Bhg. Jen Tan Sri Shahrom bin Dato’ Hj. Noordin (Bersara)

(2) Pelancaran akan dilaksanakan dengan ucapan oleh Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Anwar dan diikuti dengan menandatangani plaka perlancaran yang akan direka oleh Setiausaha. Contoh akan dibawa semasa mesyuarat yang akan datang.

(3) Sebelum ucapan pelancaran, latarbelakang kepada Yayasan akan dibentangkan berserta dengan cadangan Protem Committee, lambang serta undang-undang pertubuhan. Deraf undang-undang pertubuhan, lambang dan Protem Committee akan dibentangkan di mesyuarat yang akan datang.

e. Kewangan. Sejumlah RM 5,000.00 telah didahulukan oleh Y.Bhg. Pengerusi dan diserahkan kepada Y.Bhg. Bendahari untuk membiayai perbelanjaan awal keperluan perhimpunan. Mesyuarat juga bersetuju agar kutipan dari anak-anak waris mula dibuat. Pembayaran boleh mula dibuat di mesyuarat yang akan datang.

AGENDA 3. PERSIAPAN PERHIMPUNAN

5. Puan Nor Haslinda mewakili AJK Peralatan telah menyatakan bahawa segala persiapan premis untuk perhimpunan akan dilaksanakan. Perkara berikut telah dipersetujui:

a. Kebersihan. Sekitar premis akan dibersihkan mengikut keperluan termasuk pemotongan rumput.

b. Peralatan Tambahan. Peralatan berikut akan disediakan:

(1) Dewan.

(a) Kerusi VIP sebanyak 7/8 buah termasuk side table oleh AJK setempat.

(b) Beberapa kerusi banquet

(c) 300 kerusi tambahan (disewa)

(d) Pembesar suara dari kemudahan Yayasan.

(2) Dewan Jamuan.

(a) Beberapa meja makan bulat untuk VIP akan disediakan oleh AJK Jamuan.

(b) Hanya 3 buah khemah tambahan diperlukan berserta dengan kerusi dan meja untuk tujuan jamuan buffet. Khemah sebanyak dua buah lagi akan tetap diadakan untuk penempatan pameran dan juga kumpulan caklempong dan bongai.

(3) Meja Pendaftaran. Sebanyak 7 meja dan kerusi pendaftaran akan disedia. Manakala setiap perut akan menyediakan pengendali pendaftaran. Buku pendaftaran akan disediakan oleh Setiausaha. Contoh buku pendaftaran akan disediakan semasa mesyuarat yang akan datang.

PERKARA 4. HAL-HAL LAIN

6. Tajaan. Sehingga kini tiada tajaan yang diperolehi. Namun, segala usaha akan dibuat untuk mendapatkan tajaan dari penaja-penaja tertentu.

7. Pamiran Usahawan-Usahawan Anak Waris. Beberapa waris telah menyatakan hasrat untuk menempah gerai-gerai yang disediakan semasa perhimpunan dengan bayaran yang minimum:

a. Gerai Kek dan Tapai.

b. Gerai Kerepek.

c. Gerai Tupperware.

d. Gerai Aeromodelling.

e. Gerai Pakaian Kanak-Kanak.

f. Gerai oleh Puan Maznah dan Anak-Anak.

8. Penyediaan/Kemaskini Salasilah. Mesyuarat bersetuju seperti berikut:

a. Setiausaha akan cuba berusaha untuk mengemaskinikan salasilah. Sekira ianya gagal, salasilah yang terdahulu akan digunakan serta dipamerkan di bahagian belakang dewan.

b. Semua AJK dan wakil perut dimohon untuk menyediakan salasilah terkini perut masing-masing.

9. Jemputan. Setiausaha menyatakan bahawa surat jemputan kepada anak-anak waris yang mendaftar di Perhimpunan pertama telah pun dimajukan melainkan AJK. Setiausaha akan berusaha lagi untuk menjejak anak-anak waris yang tidak berdaftar dan memajukan surat jemputan dengan kadar segera.

10. Keselamatan. Mesyuarat telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat anggota RELA seramai 5 orang yang akan diusahakan oleh Sdr. Zarul Azam dengan bayaran RM 4.00/jam seorang. Penempatan mereka adalah dua orang untuk pengendali pakir dan tiga orang untuk kawalan lalu-lintas di Jalan Besar Batu Kikir/Bahau.

11. Banner/Sticker. Setiausaha akan berusaha menyediakan 2 banner untuk direntangkan di persimpangan Bahau/Batu Kikir dan juga di hadapan premis Yayasan Anak-anak Yatim beberapa hari sebelum perhimpunan. Contoh akan disediakan semasa mesyuarat yang akan datang.

12 Tarikh Mesyuarat Yang Akan Datang. Mesyuarat telah bersetuju untuk mesyuarat yang akan datang diadakan pada 24 Okt. 2010 di Rumah Anak-Anak Yatim Jempol Bakti, Batu Kikir.

13. Pengerusi dalam ucapan penutupnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir atas perbincangan serta buah fikiran yang telah diberikan. Beliau menyatakan penuh keyakinan bahawa perhimpunan kali ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dengan komitmen yang tinggi dari semua AJK. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.30 tengahari.

15 Okt. 2010

Disediakan oleh:

MOHD YASIN BIN USOP

Setiausaha Bersama

No comments: