Surat jemputan untuk warigh-warigh menghadiri Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim telahpun dihantar kepada ahli-ahli warigh.Mungkin ada di antara warigh-warigh kita yang tidak dapat menerima surat seperti di atas ini disebabkan pihak AJK tidak dapat mengesannya tanpa alamat yang lengkap.Mungkin juga ada di antara warigh-warigh yang sudah berpindah rumah tanpa mengemaskini alamat terbaru mereka, maka surat jemputan seperti ini gagal disampaikan. Walaubagaimana sekalipun, AJK bertindak Perhimpunan Ke-2 Warigh Menuang Karim tetap mengalu-alukan serta berharap agar warigh-warigh dapat bersama hadir dalam menjayakan perhimpunan ini.
Perhimpunan ini merupakan perhimpunan untuk kita semua mengeratkan silaturrahim sesama kita, sesuai dengan temanya "Yang Jauh Kito Dokekkan, Yang Dokek Kito Satukan".Inilah dia satu-satunya peluang untuk kita sama-sama menunjukkan kepada dunia bahawa orang Islam sememangnya sukakan kepada penyatuan ummah sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah swt dalam Surah Al-Imran Ayat 103 yang berbunyi:
Maksudnya:Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
Oleh itu blog ini menyeru kepada semua warigh-warigh Menuang Karim yang sayangkan dan cintakan apa yang difirmankan ini, agar dapat bersama-sama meluangkan masa demi penyatuan ummah.Seperkara lagi, ingatlah tentang pesan Rasulullah s.a.w bahawa tertolaknya doa kita adalah kerana kita suka memutuskan silaturrahim sesama kita.
No comments:
Post a Comment