Monday, October 11, 2010

Perhimpunan Ke-2 Jejak Kasih Warigh Menuang Karim.


Sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat AJK Perhimpunan Warigh Menuang Karim Ke-2, sumbangan sebanyak RM30.00 seorang bagi mereka yang berumur 12 tahun ke atas diperlukan untuk menjayakan perhimpunan yang akan diadakan pada 6hb. November 2010, bertempat di Yayasan Anak-Anak Yatim, Jempol Bakti Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Bayaran ini adalah untuk menampung kos sewa tapak perhimpunan, PA System, makanan dan minuman, cenderahati dan sebagainya agar perhimpunan kali ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berjalan licin.
Adalah diharap, bagi warigh-warigh yang ingin berbuat demikian, bolehlah terus mendepositkan wang RM30.00 tersebut ke dalam akaun Warigh Menuang Karim di CIMB Bank, No Akaun: 0515-0002652-20-0. Setelah itu, bolehlah memaklumkannya dengan menghantar email ke menuangkarim@yahoo.com ataupun sms ke no 013-3493799 dengan menyatakan jumlah yang dimasukkan serta nama warigh.
Kerjasama daripada warigh-warigh semua amat dialu-alukan agar pihak AJK Bertindak dapat mengatur segala persiapan dengan lebih awal untuk perhimpunan kali ini.

No comments: